berita

“Ya, Kami Semakin Akrab Dan Intim” – Johan As’ari

July 25th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Wah, semakin hangat berita mengenai hubungan antara Johan As’ari dan Nabila Huda ya?

Walaubagaimanapun, kedua-dua belah pihak masih belum menyatakan status hubungan mereka dan masih berteka-teki terhadap peminat dan pihak media. Dalam laporan terbaru dari mStar Online, Johan turut mengaku bahawa dia dan Nabila saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.

“Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.”

Namun begitu, mereka berdua masih mahu mengekalkan status mereka sebagai kawan baik buat masa ini dan tidak menafikan jika tiba masanya, mereka akan mengumumkan berita baik pula.

“Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih. Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum,” – Johan As’ari.

Apa yang pasti, Johan secara terang memuji Nabila apabila dia mengatakan bahawa sesiapa yang menjadi suami Nabila, adalah seorang yang bertuah.

“Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung.”

SKIP THIS AD ×