berita

‘Ya Mereka Anak Saya’ – Ellie Suriaty Didik Anak Jangan Takut Dengan Fitnah Akhir Zaman

September 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral mengenai kisah tiga orang pelajar terdiri daripada dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang telah membuat laporan polis bagi mempertahankan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin.

Terbaru, pelakon, Ellie Suriaty mengaku bahawa dua orang pelajar tersebut merupakan anaknya.

Mereka anak saya

Ya mereka anak saya, Azrell Omar Iskandar (17 tahun) dan Nur Azreen (12 tahun) bersama seorang sahabat mereka Hanif (17 tahun) telah membuat laporan polis sebagai covering report berkenaan hak individu untuk menolak vaksin experimental covid-19 ke atas pelajar sekolah berumur antara 12- 7 tahun. Tarikh 30 Ogos 2021 jam 2.30 petang.

Menurut Ellie, kedua-dua anaknya termasuk rakan mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati kerana tidak mahu mengambil vaksin atas faktor bimbang terjadi apa-apa kepada diri mereka. Tambah Ellie, dia mahu mendidik anak-anaknya supaya berani menempuh kehidupan tatkala di usia remaja.

Merdeka 31 Ogos 2021. Saya mendidik anak-anak supaya berani menghadapi hidup. Jangan takut dengan Fitnah Akhir Zaman. Nilai kehidupan tidak boleh di beli dengan tawaran sepotong roti atau segunung emas. Tauhid. Harapan hanya Pada ALLAH SWT. Allahuakhbar. Semoga Allah SWT melindungi anak-anak kita semua.

Saya berhak menolak suntikan vaksin

Menerusi laporan Harian Metro, Azrell memberitahu bahawa mereka sekeluarga belum mengambil vaksin. Tambahnya, dia sering membaca mengenai vaksin dan wabak Covid-19 menerusi carian di Internet, baik dalam negara mahupun luar negara. Selepas membuat penilaian, Azrell memberitahu bahawa dia berhak untuk memilih sama ada mahu atau menolak pengambilan vaksin.

Apa yang berlaku terhadap saya selepas menerima vaksin, semuanya atas tanggungan saya sendiri. Justeru itu, saya berhak menolak daripada menjadi bahan eksperimen dengan dicucuk vaksin. Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin ini yang masih lagi di tahap ujian klinikal.

Saya tak sanggup mempertaruhkan nyawa saya untuk ujian klinikal ini kerana ada pelbagai kaedah mencegah Covid-19 iaitu melalui cara perubatan homeopati holistik, makanan sunnah yang keluarga saya amalkan bagi mencegah penularan Covid-19. Dalam borang berkenaan, kami (pelajar) diberitahu bahawa tiada siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku implikasi akibat pengambilan vaksin. Setakat ini, mereka tidak memaklumkan ada tindakan lanjut akan dikenakan sekiranya tidak mengambil vaksin.

Sumber: Ellie Suriaty & Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×