berita

Ya, Perempuan Memang Kena Ada Rupa – Pengalaman Lampau Buat Wanita Ini Nekad ‘Ubah’ Diri & Hasilnya..

June 28th, 2016 | by Ai
Make-It-Senang

fat9.1

Kata orang, cinta tak mengenal rupa paras. Tapi hakikatnya, memang rupa paras yang dicari dalam mengejar kebahagiaan bercinta. Cantik rupa paras, langsing tubuh badan adalah impian setiap manusia lebih-lebih lagi wanita. Yang lelaki mengimpikan sang puteri bak bidadari, yang perempuan pulak mengimpikan sang putera persis dewa. Fuh!

Kami share kisah kakak ni. Dia cerita pasal pengalaman hidupnya sendiri. Dari tak punya rupa dan badan tak menawan, sekarang meletop macam artis gitu! Apa rahsia? Jom baca.

Dorang panggil ‘beruang’

fat8

Akak ni ketinggian 170cm berat 70 kg. Berusia 27 tahun. Tak kawen lagi. Dari tadika, akak yang paling tinggi antara semua. Tapi masa tu akak happy je kat sekolah. Nyanyi, belajar ABC, makan, tido.

Masuk sekolah rendah. Pun akak paling tinggi dam besar dr semua org. akak jadi bonzer kat sekolah. Kalau kawan2 perempuan diusik, nak gaduh dgn kawan lelaki, mesti dorg menyorok belakang akak. Yelah. sbb akak besar. kan? Dah mcm jantan dah aku masa tu.

Masuk sekolah menengah, lagi teruj jiwa aku dibuli. Oh, aku tak dibuli fizikal. sbb aku besar…khennn. Jiwa aku dibuli. Dorang panggil aku BERUANG wehh. Beruang. Jahat mulut. Menangis akak dlm diam. Masuk universiti, takde org minat pun. Sbb gemuk, besar, tinggi, gelap. Sape nak? Kann? Akak couple jarak jauh.Dari sem 3 sampai la akak kerja dia tahun.

Minum 4 liter air sehari

fat4

5 tahun bersama. At the end, dia tinggal akak mcm tu jer. Dia kawen dgn perempuan putih kurus. Cisss. 5 tahun aku sia2 je tunggu engkau. Putus pun dalam phone jer, tak jumpa lgsg.

Bila dah bekerjaya, akak mula rasa kepentingan jaga penampilan diri sbb akak keje jumpa org. huhu. Sebab berat akak dah mencecah 100kg weyyyyyy. Gemok amat. Akak buat mcm2 diet, supplement, vitamin.

Hasilnya, alhamdulillah. Dah kurus and putih la sikit Hasil minum 4 litre air sehari. Beauty is pain. No pain no gain. lol. Setelah itu akak rajin share gambar kat instagram to inspire others.

Ex BF approach balik

fat10

Tetibe akak jadi terlajak laris (masyaAllah bukan nak riak). Tetibe ramai lelaki approach. Ttibe abg2 opis yg selama ni xpandang pun akak, selalu ajak keluar lunch sama2. Hari2 puji. Tetibe lelaki2 department lain pun approach, siap tanya kat kawan se-dept dgn akak ” ada org baru ke kat dept ko?” Lawa. nak kenalan. bagi la number”. Ttibe lelaki lelaki yg suam2 kuku dalam hidup akak, muncul kembali dan nak masuk minang segala. Tetibe, exbf akak yang dah kawen dgn perempuan lain tu, approach akak balik..mintak maaf, menyesal, rindu, nak jumpa, nak mcm waktu dulu.. eh puihhh la. tak ingat bini ker? nak jer akak main2 kan dia. bikin dia jatuh cinta balik, then tinggalkn dia. tapi akak tak tergamak..sian ke bini dia. akak pun perempuan.

Usaha demi diri sendiri

fattt

Nampak tak? Bila gemok dan huduh semua org nak caci ko. Buli jiwa ko. Bila kurus dan cantik, semua nak mendampingi ko. Adik adik. Akak akak semua. Jujur dari hati..usaha utk kurus demi diri sendiri. never do it demi org lain. hasilnya puas hati. akak dulu nak kurus sbb nak rasa badan ringan nak solat. Alhamdulillah. Yang penting, SELF-CONFIDENCE.

-dulu Beruang, Skrg Kucing.

– Akak Comel

Kami salute Akak Comel ni sebab berani buat perubahan dan yakin diri walaupun diejek dan dibuli. Segala penat lelah dan usaha akhirnya berbaloi. Siapa sangka, daripada ‘beruang’ menjadi ‘kucing’? Apapun, jangan hina orang sesuka hati kerana boleh jadi dia akan berubah menjadi lebih baik dari kita. Siapa tahu, kan?

Sumber: IIUM Confessions

SKIP THIS AD ×