berita

‘Ya! Saya Memang Orang Kampung, Kenapa?’ – Uyaina Arshad

February 12th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad tidak kisah dengan komen segelintir netizen yang menyifatkan dirinya sebagai ‘perempuan kampung’ kerana menghadiri konsert UK’S dan Slam, baru-baru ini.

Anak jati orang kampung

Menerusi temu bual bersama Melodi, Uyaina mengaku dia berasal dari kampung dan tidak terkesan langsung dengan komen netizen yang berkata sedemikian.

Dia kata eee anak kampung pergi konsert UK’S dan Slam. Ia memang saya anak kampung dan saya berasal pun dari Kuala Kangsar, Perak. Memang anak jati orang kampung. Saya tak rasa benda itu satu masalah dan memalukan pun. Semua orang berasal dari sesuatu tempat dan saya memang berasal dari kampung.

Kalau pergi konsert artis tempatan ini tak ada kurlas ke? Bagi saya kalau kita tak sokong penggiat seni tempatan, siapa lagi nak sokong? Kalau konsert dari Korea dan US semua boleh pergi, takkan dari Malaysia tak boleh pergi?.

Bercerita lebih lanjut, Uyaina berkata dia tidak suka apabila segelintir pihak melakukan kecaman terhadap orang kampung dan bandar. Bagi dirinya, semua orang adalah sama.

Saya mengaku saya anak kampung dan saya bangga.

Di akhir temu bual, Uyaina memberi nasihat kepada semua agar sentiasa berhati-hati apabila berkata-kata.

Kadang-kadang apa yang kita cakap boleh beri kesan dekat orang lain. Kalau selalu cakap benda jahat, pasti orang itu akan rasa kurang bersemangat dan sebagainya. Berdiam lebih baik kalau tak ada benda nak cakap.

Sumber: Melodi

SKIP THIS AD ×