berita

‘Ya, Saya Sudah Berkahwin’ – Elizabeth Tan

March 21st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, tersebar beberapa foto dan video rakaman memaparkan penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan bersama seorang lelaki yang berada di hadapan paderi sedang membacakan ikrar perkahwinan. Foto dan video tersebar itu mencetuskan spekulasi mengenai perkahwinan Elizabeth Tan yang didakwa telah disunting orang.

Artikel berkaitan: Elizabeth Tan Dah Kahwin?

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Elizabeth Tan mengesahkan perkara itu dan mengakui sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.

Saya minta maaf

Elizabeth memohon maaf kerana tidak mempunyai berkesempatan untuk berkongsi berita gembira itu kepada peminat. Dia sudah berkahwin dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Siew Jim dalam satu majlis sederhana di Gombak, Selangor pagi semalam.

Saya minta maaf sebab tak sempat nak berkongsi berita mengenai perkahwinan saya sebab sudah tular lebih awal. Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja.

Gambar dan video yang tersebar mengatakan saya sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat ‘intimate’ dan dibuat secara sederhana sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.

Hormat keputusan saya

Menurut penyanyi lagu Semua Sudah, dia menganggap perkahwinan adalah satu hal yang begitu peribadi. Malah, undangan perkahwinan tersebut hanya menjemput ahli keluarga rapat sahaja.

Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media. Pada saya keputusan untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Saya masih Lizzy yang sama dan saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan saya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×