Penerbit Jalena Rejab menegur beberapa insiden tidak beretika yang melibatkan pembantu peribadi (PA) artis di lokasi penggambaran yang didakwa sudah beberapa kali berlaku di set produksi.

Artikel Berkaitan: ‘Sangat Humble, Tak Sombong & Layan Semua Krew Sama Rata Dengan Artis’ – Individu Dedah Sikap Nabila Huda

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Dengan Peminat Je, Sesama Artis Pun Ada Yang Sombong’ – Azza Elite

Jaga adab

Menerusi satu hantaran di Threads, Jalena berpendapat bahawa setiap individu yang memasuki set penggambaran perlu menghormati adab, termasuk dari segi pemakaian dan tingkah laku.

Kisah ini sudah berkali-kali berlaku di set kita.

Wahai yang bergelar PA, bila masuk ke set, hormatlah dari segi adab dan pemakaian.

Hormat semua orang

Dalam pada itu, Jalena menekankan kepentingan sikap saling menghormati semua pihak di set penggambaran.

Malah, dia turut menasihatkan pihak pengurusan pembantu peribadi (PA) agar memberi tunjuk ajar yang sewajarnya.

Kena ingat, awak tiada ikatan langsung dengan pihak produksi.

Awak berkhidmat kepada pihak yang bayar awak, bukan kepada kami sebagai pemilik produksi.

Bila masuk ke set, salam semua orang sebagai tanda membina silaturrahim.

Pelakon senior sendiri pun boleh datang salam kepada penerbit, ini pula awak.

Kepada pihak pengurus yang menghantar PA, berikanlah tunjuk ajar yang sepatutnya.

Jangan biarkan sikap biadab dan tiada adab seperti ini berterusan.

Sumber: Threads