
Personaliti media sosial dan usahawan, Shaniena Natasya menitipkan nasihat kepada golongan wanita khususnya mereka yang mendirikan rumah tangga dengan duda yang mempunyai anak.
Artikel Berkaitan: Netizen Persoal Hadiahkan Jam Rolex Tiruan Untuk Suami, Shaniena Natasya Tunjuk Bukti Bayaran – ‘RM75k Je’
Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Hampir Dibuang Sekolah Kerana Lawan Pembuli – ‘Dia Anak Ketua PIBG, Cakap Saya Makan B*bi’
Nasihat

Menerusi perkongsian di Threads, Shaniena berkata isteri baharu sebaiknya tidak mencampuri urusan suami dengan bekas isterinya terutamanya dalam hal yang melibatkan anak-anak.
Menurut Shaniena, hanya suami dan bekas isterinya sahaja yang benar-benar mengetahui perangai masing-masing.
Awak yang berkahwin dengan duda ada anak, tidak kisah sama ada awak penyondol atau bukan, tidak perlu masuk campur urusan anak mereka.
Tidak perlu masuk campur urusan perceraian mereka sebab hanya bekas isteri saja yang tahu perangai sebenar mereka.
Awak masih dalam kategori orang luar.
Perkongsiannya itu kemudian menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Shaniena.
Menjengah ke ruangan komen, Shaniena berkata pandangan itu diberi selepas melihat pada isu semasa di mana segelintir ibu tiri turut mencampuri urusan suami dalam mendapatkan hak hadanah anak.
Sumber: Threads







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
