berita

‘Yang Kat Dalam Tu Tak Semuanya Bersalah’ – Isteri Da’i Farhan Kongsi Pengalaman 2 Malam Di Lokap

March 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Isteri kepada juara program Da’i musim kedua iaitu Dr. Erin telah ditahan pihak polis atas dakwaan menipu seorang pelanggan berhubung urusan sijil halal. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula dengan diikat jamin RM4,000.

Terbaru, Dr. Erin menerusi laman Instagram berkongsi sebuah gambar dengan posting menceritakan pengalaman tidur di dalam lokap ketika ditahan reman.

2 malam di dalam lokap

Biarpun terpaksa bermalam selama 2 malam di dalam penjara, dia tidak pernah berasa malu dan sebaliknya menganggap itu sebagai satu ujian terhadap dirinya. Dia turut berkongsi pengalaman hanya menikmati makanan seperti ikan dan nasi kosong serta menerima ujian ini dengan hati terbuka.

Saya tak mungkin tahu keadaan sebenar

Saya bukan sesiapa tetapi Allah letakkan dengan cara ini. Saya terima dengan reda dan ikhlas. Apa-apa saya berserah kepada nasib saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, saya tahu tak semua rakyat Malaysia yang makan dedak.

Malah, dia mengambil kesempatan mengucapkan berterima kasih kepada pegawal yang menjaganya dengan baik sepanjang berada di dalam lokap itu. Dia turut menerima ujian disebalik hikmah yang berlaku dan reda. Dia hanya berserah nasibnya kepada Allah. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang sentiasa mendoakan dirinya ketika menghadapi ujian ini.

Sumber: Drholisw

SKIP THIS AD ×