
Bekas isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar akui memilih lelaki bujang untuk dijadikan bakal suami.
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Tak Serik Untuk Kahwin Lagi, Lelaki Bijak Jadi Pilihan Hati – ‘Latar Belakang Kena Check’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ira Kazar Berbalas Emoji Hati, Kekasih Suka Wajah Tanpa Solekan?
Bukan suami orang

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat mengulang siar atau ”repost’ artikel ekoran dirinya.
Pada hantaran yang sama, Ira tampil menjelaskan susulan kenyataannya yang mengidamkan bakal suami berpangkat.
Sabar ya semua.
Status itu boleh jadi apa saja.
Dalam pada itu, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi tersebut memaklumkan status yang dimaksudkan adalah bukan yang berpangkat tinggi sekali gus seseorang yang tidak terlibat dalam industri seni.
Yang pasti bukan berpangkat tinggi dan yang penting bukan nak menyondol suami kamu.
Jangan risau ya semua.
Terdahulu, Ira menjadi antara topik hangat selepas mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.
Namun, pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Syamsul dan Ira kemudiannya disahkan bercerai oleh mahkamah pada hari yang sama.
Sumber: Instagram @irakaza








