Penyanyi, Shalma Eliana menasihati orang ramai agar lebih berhemah dan tidak sewenang-wenangnya membuka aib individu lain, khususnya di media sosial yang kini menjadi ruang untuk menghukum tanpa belas ihsan.

Artikel Berkaitan: Pernah Dihina & Dibuli, Puteri Balqis Syukur Krew Produksi Dedah Cerita Sebenar – ‘Saya Ditolak, Dia Kata Saya Tak Famous’

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Mengamuk, Dakwa Mia Sara Nasuha Hina & Ganggu Mental Ibu – ‘Jangan Lupa Open Bottle Kat Club’

‘Allah tutup aib kita’

Menerusi hantaran di Threads, Shalma, 25, berkata jika aib seseorang masih dilindungi, itu bukan menjadi lesen untuk mendedahkan kesalahan orang lain kepada umum.

Tolong jangan buka aib orang, lebih-lebih lagi di media sosial. Hanya kerana Allah masih menutup aib kita, tidak bermakna kita berhak mendedahkan dosa orang lain.

Tambah Shalma, setiap manusia melalui perjalanan hidup yang berbeza dan tidak semua dibesarkan dalam persekitaran atau latar belakang yang sama, justeru cara seseorang menghadapi ujian hidup juga tidak sama.

Tiada siapa yang sempurna. Kita dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza, melalui pengalaman hidup yang berbeza dan masing-masing ada cara tersendiri untuk menghadapi ujian, selalunya melalui jalan yang sukar.

Yang salah tetap salah. Tetapi menegur juga ada adab dan caranya. Jika niat kita benar-benar untuk kebaikan, membenci, mengaibkan dan menghakimi perjalanan agama seseorang langsung tidak membantu.

Nasihat tersebut sekali gus menjadi peringatan kepada masyarakat agar lebih berempati dan berhati-hati dalam memberikan pandangan, terutama apabila melibatkan hal peribadi dan perjalanan hidup individu lain.

Sumber: Threads