berita

#YangKlasik, #YangHangat, #YangGempak Hanya di McDonald’s

April 11th, 2016 | by Arini Saleh
Shout Out!

mcdonals

Adakah anda masih ingat saat pertama kali anda berkunjung ke McDonald’s? Ataupun kenangan menikmati hidangan McDonald’s pertama anda? Keriangan zaman kanak-kanak dan membesar bersama McDonald’s semestinya menggamit memori indah. Sesungguhnya, keseronokan dan kepuasan tak mengenal usia. Semestinya konsep terbaru yang bakal diketengahkan oleh McDonald’s memberikan anda lebih keseronokan dan kepuasan!

Teristimewa untuk anda, McDonald’s membawakan satu sesi makeover khas untuk kesemua koleksi burger ayam yang ada – McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan GCB. Tiga kegemaran, tiga pengalaman unik. Sememangnya berbaloi untuk koleksi foto di Instagram anda!

‘Yang Klasik’!

yang klasik

McChicken diberi jolokan klasik kerana melambangkan jenama McDonald’s itu sendiri yang telah sekian lama bertapak di Malaysia. Antara menu burger paling awal diperkenalkan, ia sememangnya menjadi pilihan nombor satu pelanggan dengan keenakan daging ayam, roti ban yang lembut, ditambah pula salad dan juga mayonis.

‘Yang Hangat’!

yang hangat

McDonald’s turut memiliki satu lagi koleksi burger ayam yang cukup popular, tak lain tak bukan, semestinya Spicy Chicken McDeluxe! Rasa ayam yang pedas dan rangup, dengan hirisan sayur kobis dan salad pastinya membuka selera!

‘Yang Gempak’!

yang gempak

Masih ingat dengan burger istimewa, Grilled Chicken Burger atau lebih dikenali dengan nama manja. GCB? Peminat GCB jangan gusar lagi, GCB kini kembali dan telah dijadikan sebagai salah satu hidangan tetap di McDonald’s! Keunikan rasa ayam panggang, ditambah pula dengan sos lada hitam yang pekat serta salad segar sememangnya memberikan kenikmatan tidak terhingga!

#YangKlasik, #YangHangat, #YangGempak hanya di McDonald’s

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×