Ketika berada di sebalik tirai besi di Penjara Sungai Buloh, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman sempat menghasilkan sebuah lagu baharu. Namun begitu, nukilan tersebut percayai dimuat naik oleh ahli keluarganya dengan menggunakan akaun milik penyanyi tersebut.
Artikel berkaitan : Urusan Perubatan Yasin Sulaiman Diserahkan Kepada Pihak Penjara – ‘Yasin Perlu Dapatkan Rawatan Sewajarnya’
Artikel berkaitan : ‘Ini Soal Hidup & Mati’ – Kesal Terlepas Pandang Mesej Di Facebook, Syed Saddiq Jumpa Keluarga Yasin Sulaiman
Yasin titipkan pesanan
Menerusi hantaran tersebut, Yasin turut menitipkan pesanan agar lagunya itu dikongsikan di akaun Instagram miliknya untuk sahabat, teman serta peminatnya.
Difahamkan, nukilan tersebut ditulis bersama dengan seorang lagi penulis dikenali sebagai Jo Tan di Klinik Penjara Sungai Buloh. Lagu berkenaan berkisarkan mengenai luahan hati penyanyi berusia 47 tahun itu serta kisah dirinya yang berada dalam keadaan baik ketika di dalam penjara.
Lagu ini diciptakan oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh. Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan di Instagram untuk sahabat, teman dan peminat.
‘Bebaskan Aku’
Dengan menggunakan tajuk ‘Bebaskan Aku’, lirik lagu ini berkisarkan tentang luahan insan yang mahu ‘bebas’ selepas ditahan di dalam penjara.
Dalam pada itu, turut disertakan latar masa lagu tersebut ditulis pada Syawal 1443 Hijrah bersamaan Mei 2022.
Terdahulu, Yasin tidak dibenarkan untuk diikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan iaitu mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediaman rumahnya di Kota Damansara.
Sumber : yasinsulaiman