Pempengaruh media sosial, Yasmine Ow kini kembali bergelar isteri selepas selamat diijabkabulkan dengan cinta hatinya, Khairul Arifin, pada 15 Februari 2025.
Artikel Berkaitan: Sah Bercerai Lepas Hampir 3 Tahun Kahwin, Yasmine Ow Syukur Dapat Hak Jagaan Anak
Artikel Berkaitan: Pernah Minta Suami Jadi Lelaki Bertanggungjawab, Yasmine Ow & Pelakon Aditya Zoni Dah Bercerai?
Tahniah!
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Yasmine menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan dirinya bersama suami di atas pelamin sambil mengenakan pakaian pengantin berona putih.
Dalam kapsyen yang ditulis, Yasmine meluahkan rasa syukur atas perkahwinan tersebut selain menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikut serta rakan-rakan.
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Yasmine selepas lima bulan bercerai dengan aktor Indonesia, Aditya Zoni.
Untuk rekod, Yasmine Ow dan Aditya Zoni berkahwin pada Disember 2021 dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Zayn Serdar Enver Warman berusia 3 tahun.
Sumber: Instagram Yasmine Ow