berita

Yassin Peserta Pertama Tersingkir Dari Masterchef Selebriti 2

April 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

YassinMasterchef Selebriti Malaysia kembali dengan musim kedua dan seperti yang kita semua sudah tahu, Datuk Fazley Yaakob telah muncul sebagai juara pada musim pertama.

Kali ini, tampil dengan lebih hangat dan juga penampilan selebriti-selebriti yang lebih meletup seperti Aznil Nawawi, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Enot, dan juga Radhi OAG, kami pasti ia bakal memberikan satu kepuasan kepada penonton apabila lebih banyak drama bakal tiba nanti.

Episod pertama dimulakan dengan kesemua peserta diberikan tugasan untuk memasak menu yang boleh mereka gambarkan melalui foto selebriti yang diletak diatas meja mereka.

Enot berjaya memenangi tugasan ini dan dia kemudiannya telah diberikan tanggungjawab untuk memilih menu apakah yang bakal kesemua peserta siapkan untuk tugasan seterusnya

Kesempatan ini telah Enot ambil untuk memilih menu Pasta Cannelloni sebagai menu pilihan.

Diberikan masa satu jam, kesemua 18 orang selebriti berjaya menyiapkan menu mereka. Namun, para juri telah memilih 5 orang peserta yang paling teruk untuk bertemu di pusingan penyingkiran.

Kelima-lima mereka adalah Kenchana Dewi, Radhi OAG, Yassin, Sabhi Sadhi dan juga kekasih Che Ta, Zain Saidin.

Pusingan penyingkiran ini menyaksikan para peserta diberikan tugasan untuk memasak ikan sebelah (ikan sol) mengikut kreativiti sendiri. Keputusannya, Kenchana Dewi telah dipilih sebagai peserta terbaik manakala Yassin telah digugurkan dari Masterchef Selebriti Malaysia musim ke-2.

Lupa nak bagi tahu, Masterchef Selebriti ini hanya bersiaran pada setiap hari Sabtu sehingga Selasa pada jam 9-10 malam di Astro Ria dan Astro Mustika. Kami pasti ramai antara anda yang mungkin akan terlepas kerana pergi bercuti atau mungkin bekerja sehingga tiada masa untuk meluangkan masa menonton TV di rumah kan?

Jangan risau, kami sendiri menonton rancangan Masterchef Selebriti ini melalui smartphone. Untuk pengakuan yang jujur, kami tengok Astro melalui smartphone. Kau hado?

Haaa, mudah saja, anda juga boleh menonton Masterchef Selebriti melalui smartphone ataupun tablet anda. Bagaimana?

Astro On The Go-2

Mudah sahaja, anda hanya perlu mendaftar Astro ID secara online di www.astro.com.my dan link-kan Astro ID anda ke smartcard. Untuk keterangan lanjut mengenai proses pendaftaran, sila layari www.astroonthego.com.

Seterusnya bagi pengguna smartphone (android), anda perlu pergi ke Play Store dan download aplikasi Astro-On-The-Go, manakala bagi pengguna iOS sila pergi ke App Store dan download aplikasi yang serupa.

Lepas tu tunggu apa lagi? Daftar masuk di Astro-On-The-Go dengan menggunakan Astro ID anda sendiri. Bila dah ada ID dan password senang, anda boleh login sahaja aplikasi tersebut dan pergi ke ruangan Channel untuk pilih saluran yang anda inginkan.

Jadi, kalau nak tengok Masterchef Selebriti,  kenalah klik pada Astro Warna dan seterusnya menonton program Masterchef Selebriti Malaysia musim ke-2 secara langsung melalui smartphone atau tablet anda.

SKIP THIS AD ×