Ahli kumpulan Senario, Yassin Yahya tampil membuka mulut mengenai punca dirinya ditahan di Jeddah, Arab Saudi enam bulan lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lama Menyepi, Yassin Senario Muncul Dalam ‘Live’ TikTok..Peminat Tanya Bila Nak Balik Malaysia?

Bukan sebab bahan terlarang

@gitugitustudio

Eh? Dengar kata Anye dah balik? Ni soal siasat kat mana ni? #darkcast #yassinjeddah Special Episod akan ditayangkan! @Saiful Apek GITU2 @yassinsenariounion

♬ original sound – gitugitustudio – gitugitustudio

Menerusi sesi podcast ‘Darkcast’ yang dikendalikan rakan pelawak, Saiful Apek, Yassin memaklumkan penahanannya adalah disebabkan berlakunya salah faham ketika proses mendaftar masuk sewaktu dirinya tiba di Jeddah.

Pelakon filem ‘Duyung’ itu turut menyangkal dakwaan mengatakan dirinya ditahan disebabkan penyalahgunaan dadah.

‘Flight’ saya ke Jeddah memakan masa selama lapan jam.

Sebelum bertolak, saya ada terfikir macam mana nak merokok bila tiba di sana nanti. Jadi saya belilah rokok kertas, ‘grinder’ dan sekotak rokok di lapangan terbang.

Sampai di Jeddah, beg diimbas ketika transit ke Madinah. Pihak kastam nampak ada sesuatu dan arahkan buka beg saya.

Saya nampak dia pegang ‘grinder’ yang ada lambang marijuana yang mencurigakan, mereka terus geledah beg saya.

Bercerita lanjut, Yassin kemudiannya menceritakan bagaimana dia dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan.

Meskipun yakin dirinya tidak melakukan kesalahan, Yassin walau bagaimanapun tidak dilepaskan malah digari pihak polis.

Selepas soal siasat, saya ingat nak dilepaskan, tapi saya digari dan dibawa naik kenderaan polis menuju ke balai di Jeddah.

Sampai balai polis, saya tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa apatah lagi keluarga, dan paling menjadi masalah ialah kami berkomunikasi macam ‘ayam dan itik’.

Beg dan telefon diambil. Saya dimasukkan ke lokap khas untuk kes dadah.

Saya tak tahu apa salah saya. Kalau lambang pada barang menjadi isu, sepatutnya saya dah ditahan sejak di Malaysia. Saya cuma berserah dan meminta tolong pada Allah, zikir di dalam hati.

Tak pergi kursus umrah

Sementara itu, pelawak berusia 47 tahun ini mengakui kesilapannya yang tidak mengikuti kursus umrah sebelum berangkat ke Makkah.

Ujarnya, dia hanya mempelajari cara mengerjakan umrah berpandukan video-video di platform YouTube.

Saya tak tahu peralatan apa yang tak boleh bawa sebab tiada rujukan kerana saya tak pergi kursus apa semua.

Saya tak sempat pergi kursus, undang-undang di Arab pun saya tak tahu.

Saya hanya belajar guna YouTube saja dalam masa singkat dan disitulah kesilapan saya kerana terlepas pandang.

Dalam pada itu, Yassin tidak menyangka gurauannya bersama ibu sebelum penerbangannya ke Jeddah pada 27 Oktober lalu menjadi kenyataan.

Sebelum bergerak, saya bergurau dengan ibu dan cakap, ‘Saya mungkin extend’.

Ibu saya waktu itu terkejut, tapi saya bergurau saja. Mungkin mulut saya masin.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelawak ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober tahun lalu selepas disyaki memilik ganja.

Berita itu membuatkan ramai mengaitkan dengan Yassin kerana ketiadaannya dalam program yang melibatkan kumpulan Senario.

Sumber: TikTok, YouTube Gitu Gitu Studio