berita

Yayasan Peneraju Memperluas Tawaran Program Pembiayaan Untuk Pelbagai Segmen Bumiputera!

November 23rd, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Adakalanya masalah kewangan datang menghimpit dan memaksa kita untuk menguburkan impian dan cita-cita kita untuk sambung belajar tidak kira di Institut Pengajian Tinggi (IPT), Institut Latihan Kemahiran (ILK) atau mana-mana sahaja.

Inilah mengapa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) diwujudkan. Ianya merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) yang membuka peluang untuk Bumiputera seperti kita untuk melangkah setapak lebih ke hadapan melalui program pembiayaan pendidikan akademik (Peneraju Tunas), pensijilan TVET (Peneraju Skil), profesional (Peneraju Profesional), teknologi (Peneraju Teknologi) dan spesialis (Peneraju Spesialis).

Ini sekaligus, menaik taraf negara kita ke arah negara berpendapatan tinggi dengan adanya modal insan berkualiti dan kompeten.

Pembiayaan untuk pelbagai bidang, bukan sekadar  akademik!

Biasanya kalau cakap pasal pembiayaan pendidikan, ramai terus ingat untuk sambung diploma atau degree sahaja. TAPI! Apa yang menarik mengenai program yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju adalah termasuk kursus jangka pendek dalam talian, pengajian TVET, pensijilan profesional dalam pelbagai bidang!

Tawaran pembiayaan adalah bersifat penuh atau separa. Syarat memohon paling minimum pun sekadar memiliki sijil SPM sahaja! Tapi lain program, lain syaratnya lah!

Lagi best, ada program yang menyediakan penempatan pekerjaan. Yang penting impian dan cita-cita korang tak terkandas begitu sahaja.

Dah lebih 40,000 orang dibiayai!

Untuk pengetahuan korang, dah ramai yang terima pembiayaan Yayasan Peneraju. Dah lebih 40,000 Bumiputera termasuk kumpulan B40, M40, luar bandar dan terpinggir berjaya melanjutkan pendidikan demi merealisasi aspirasi mereka.

Tidak hanya fokus kepada bantuan kewangan, Yayasan Peneraju juga memastikan penerima faedah yang mengikuti program mereka dilengkapkan dengan kemahiran insaniah, sahsiah dan kepimpinan di samping kemahiran serta ilmu teknikal agar mereka mempunyai elemen marketability dan employability. Maka, mudah la korang nak cari kerja nanti sebab korang dah ada kemahiran dan kelayakan yang diperlukan oleh pasaran.

Ada pelbagai program pembiayaan! Berikut ialah antara beberapa program pembiayaan yang boleh korang pilih mengikut kelayakan dan minat korang. Cuba la mohon! Semua online je.

1. Peneraju Skil

1. Automotive Industry Certification Engineering Digital Engineering Prototyping (AICE-DEP)

2. Specialist In CAD/CAM – Advanced Computer Numerical Control & Manufacturing

3. System Integration in Automation & Robotics

4. Dynamic Positioning Officer

5. Oil & Gas Talent Acceleration (Scaffolding Level 3)

6. Welding Inspector Level 1 (CSWIP 3.0) atau Level 2 (CSWIP 3.1)

Maklumat lanjut mengenai program Peneraju Skil >>>  https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-skil/

2. High Impact Programme (HIP)

1. Finance for Non-Financial Managers

2. Data Labelling for the Future Artificial Intelligence (AI)

3. Career Breakthrough Online Course

4. Essential Skills and Digital Marketing Awareness for Undergraduates

5. Essential Skills and Digital Media Marketing for Unemployed Graduates

6. Halal Industry Fundamentals

Maklumat lanjut mengenai program HIP >>> https://yayasanpeneraju.com.my/peneraju-high-impact-programme-hip-kursus-atas-talian-online/

Banyak kan program yang ditawarkan? Tak lupa juga program-program pembiayaan lain di bawah Peneraju Tunas, Peneraju Profesional, Peneraju Teknologi dan Peneraju Spesialis.

Mengorak langkah ke tahun 2022, Yayasan Peneraju akan teruskan program-program sedia ada mengikut permintaan pasaran dan industri.

Untuk ketahui program-program pembiayaan pendidikan lain yang ditawarkan Yayasan Peneraju, sila layari www.yayasanpeneraju.com.my atau ikuti laman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn @YayasanPeneraju.

 

SKIP THIS AD ×