berita

YB Dah Minta Maaf

October 11th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Tular di media sosial sebuah rakaman video menyaksikan Exco kerajaan negeri, YB Norhizam Hassan Baktee bertindak meninggikan suara terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong, Pengkalan Batu, Melaka berhubung isu penutupan jalan alternatif di kawasan itu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Viral YB Bertelagah Dengan Penduduk Isu Tutup Jalan Di Melaka. Rupanya…

Ekoran itu, ADUN Pengkalan Batu ini tampil minta maaf dan mengakui kesilapannya bertindak mengikut emosi.

Saya memohon maaf

Sebagai ADUN, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan penduduk, terutama rakyat di kawasan saya.

Justeru, saya memohon maaf terhadap kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata pada kejadian semalam. Saya akan berusaha perbaiki kelemahan dalam aspek komunikasi apabila berdepan situasi seperti ini.

Dia mengakui kejadian yang tular baru ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif kepada dirinya sebagai wakil rakyat dan kerajaan baharu. Sidang media yang dianjurkan ini telah menemukan YB Norhizam Hassan Baktee bersama 10 orang penduduk Kampung Pulau Nibong termasuk Md Derus Tompang, wakil penduduk yang turut tular dalam video itu.

Kesal dengan insiden itu

Sidang media selama sejam ini menyaksikan YB Norhizam Hassan bersalaman dan memohon maaf bersama penduduk kampung yang terlibat, tempoh hari.

Sementara itu, wakil DAP negeri Poay Tiong turut kesal dengan insiden itu dan memohon maaf selepas mengakui cara dan pertuturan kasar oleh wakil rakyat itu.

Saya menerima baik teguran serta nasihat disampaikan rakyat dan akan memperbaiki segala kelemahan wakil rakyat daripada parti kami (DAP).

Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sudah diarah bagi mengadakan perjumpaan semula bersama penduduk perumahan itu bagi menyelesaikan isu penutupan jalan alternatif yang menjadi laluan penduduk selama ini dengan cara baik.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×