berita

Ye Ke Halal? Ini Fakta Menarik & Sahih Yang Korang Perlu Tahu Tentang bekal by foodpanda!

March 27th, 2024 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Dalam diam, rupa-rupanya masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tertanya-tanya tentang servis bekal by foodpanda.

Banyak betul persoalan yang diutarakan tentang status bekal by foodpanda antaranya;

bekal by foodpanda tu, halal tak?

Semua restoran dalam tu, halal tak?

Penunggang dapat latihan pengendalian makanan halal tak?

Beg yang digunakan, halal tak?

Ye la, sebagai seorang muslim mencari makanan yang halal adalah satu kewajipan, ini termasuk sumber makanan, proses penyediaan dan penghantaran.

Oleh itu, min nak kongsi fakta menarik dan sahih mengenai bekal by foodpanda bagi menjawab segala persoalan korang.

1. “bekal by foodpanda” (disahkan halal oleh JAKIM)

Telah menerima pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bekal by foodpanda merupakan platform penghantaran makanan yang telah diperakui halal khusus di Malaysia.

Menjanjikan penghantaran standard yang disahkan halal dari restoran, ke rider hinggalah ke pintu korang, perkhidmatan ini diperkenalkan bagi menawarkan ketenangan fikiran kepada pelanggan terutamanya yang beragama Islam.

2. Penunggang perlu patuhi prosedur pengendalian standard yang ditetapkan!

Selain itu, penunggang bekal by foodpanda perlu mematuhi prosedur pengendalian standard dimana mereka hanya dibenarkan membawa dan menghantar makanan daripada restoran yang mempunyai sijil halal.

Mereka juga dikehendaki mematuhi keperluan kebersihan & keselamatan makanan yang telah ditetapkan termasuklah mengenakan pakaian seragam dan beg khas untuk makanan halal sahaja mengikut panduan yang disediakan.

Kalau korang nak tahu, penunggang bekal by foodpanda turut menerima latihan Asas Kesedaran dan Pematuhan Halal, Sertu dan juga Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Makanan bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk korang.

Mudah je korang nak kenal penunggang bekal by foodpanda, mereka mengenakan pakaian seragam baju kuning-merah jambu dan membawa beg penunggang berwarna kuning terang di atas motosikal.

3. Pesan makanan dari bekal by foodpanda, gerenti halal!

Memiliki lebih daripada 7000 pilihan restoran makanan halal, buat pesanan korang tanpa rasa was-was melalui bekal by foodpanda.

Masukkan kod promo-BEKAL untuk menikmati diskaun RM6 bagi pesanan yang berjumlah RM40 dan keatas.

* Tersedia untuk restoran halal sahaja
** Kod tersedia bermula dari jam 3 petang-11:59 malam.

Muat turun aplikasi foodpanda, klik pada bahagian penghantaran kemudian, tap pada banner bekal by foodpanda dan buat pesanan korang untuk mencari sumber makanan yang halalan toyyiban!

Layari aplikasi foodpanda dan dapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan bekal by foodpanda.

 

SKIP THIS AD ×