berita

Year End Sale! Malaysia Airlines Tawar Tambang Serendah RM79 Bagi Destinasi Domestik & RM229 Bagi Destinasi Antarabangsa!

December 6th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Biar betul, Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM79 bagi destinasi domestik dan RM229 bagi destinasi Antarabangsa?

Jarang-jarang Malaysia Airlines nak bagi tawaran macam ni. Apa yang berlaku sebenarnya?

Year End Sale!

Takde apa-apa pun yang jadi korang.

Malaysia Airlines tawarkan tiket penerbangan pada harga runtuh sempena Year End Sale mereka.

Mereka nak mempelawa dan mengalu-alukan korang untuk terbang bersama-sama mereka ke destinasi yang korang impikan.

Bermula dari 28 November 2023 hingga 20 Disember 2023, korang akan menikmati harga tiket serendah RM79 sehala ke semua destinasi domestik. Manakala, tiket penerbangan ke destinasi antarabangsa pula boleh didapati bermula pada harga serendah RM229 sehala sahaja.

Berpatutankan harga yang ditawarkan?

Rentas ASEAN pada harga serendah RM229!

tiket kapal terbang murah

Bagi korang yang nak bercuti ke negara-negara Asia Tenggara, cepat-cepat beli tiket penerbangan korang sekarang. Harga yang ditawarkan bagi penerbangan kelas ekonomi dari Kuching ke Singapura bermula pada harga RM229 sehala, dari Kuala Lumpur ke Kertajati, RM249 sehala dan ke Ho Chi Minh City pada harga RM299 sehala.

Nikmati harga promosi bagi penerbangan antarabangsa lain!

Bukan itu sahaja, Malaysia Airlines turut menawarkan harga tambang pergi-balik menarik bagi kelas ekonomi untuk destinasi seperti Guangzhou yang bermula daripada RM1,099, Shanghai daripada RM1,599 dan Beijing daripada RM1,699.

Selain itu, sempena Year End Sale dan pengumuman 30 hari kemasukan tanpa visa untuk pelawat dari India ke Malaysia, pelancong boleh menikmati hari serendah RM999 pergi-balik bagi penerbangan ke Amritsar, Trivandrum dan Ahmedabad.

Laluan-laluan ini merupakan laluan yang baru sahaja dilancarkan oleh Malaysia Airlines.

Disamping itu, harga-harga menarik turut ditawarkan bagi tiket kelas ekonomi destinasi-destinasi di bawah.

  • Bengaluru bermula daripada RM1,139 pergi-balik.
  • Hong Kong bermula daripada RM1,399 pergi-balik.
  • Perth bermula daripada RM1,950 pergi-balik.
  • Auckland bermula daripada RM3,599 pergi-balik.

Nikmati penerbangan penuh fleksibiliti dengan Economy Flex Fare.

tiket kapal terbang murah

Jika korang mahukan fleksibiliti, terbang sahaja melalui Economy Flex Fare.

Melalui Economy Flex Fare, korang akan menerima elaun bagasi kabin sebanyak 7 kilogram (kg), 35kg bagasi berdaftar, akses untuk memilih tempat duduk standard, keupayaan menempah kembali tiket dan menukarnya tanpa bayaran tambahan, makanan percuma dan pelbagai lagi.

Incase, korang mahu merasai perkhidmatan premium, korang boleh je terbang melalui kelas perniagaan.

Kelas perniagaan menawarkan elaun bagasi sebanyak 40kg semasa daftar masuk, dua elaun bagasi kabin sebanyak 7kg setiap satu, akses memilih tempat duduk, makanan percuma, keutamaan untuk daftar masuk penumpang termasuklah bagasi, serta akses ke lounge terkemuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Nikmati lebih diskaun dengan Malaysia Airlines!

Banyak lagi tawaran menarik yang Malaysia Airlines ada antaranya diskaun 20% untuk bagasi tambahan, akses Golden Lounge, pakej nilai (kerusi standard+bagasi tambahan 10kg) dan pakej premium (tempat duduk dengan ruang kaki tambahan +akses Golden Lounge).

Korang juga akan menikmati ekstra 20% bonus enrich dan 20% peratus diskaun ketika membuat tempahan bagi MHinsure dan jenama-jenama terpilih lain yang ada di Temptations.

Jadi, tunggu apa lagi, jom lah cepat-cepat buat tempahan awal terutamanya pada musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya dan juga musim cuti sekolah nanti.

Layari laman web Malaysia Airlines  atau muat turun aplikasi Malaysia Airlines untuk maklumat lanjut.

 

SKIP THIS AD ×