Berita baik untuk korang yang tengah merancang nak beralih ke Iphone 15, sekarang Yes 5G menawarkan Iphone terbaru ini dengan harga paling mampu milik di pasaran tau!
Perkara ini diumumkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Yes, Wing K. Lee pada majlis pelancaran Yes 5G: The Next Chapter di Kuala Lumpur.
Iphone 15 serendah RM21 sebulan & Tak perlu bayaran pendahuluan
Risau bayaran bulanan tinggi untuk Iphone 15? Haa.. Jangan risau sekarang korang boleh beli Iphone 15 dengan bayaran serendah RM21 je setiap bulan!
Kalau dikira semula RM21 untuk 36 bulan, jumlah keseluruhan bayaran untuk peranti tersebut hanyalah RM756 sahaja! Korang dapat jimat sehingga RM3643 berbanding harga yang ditawarkan di pasaran. Memang berbaloi!
Yes 5G turut menyediakan pelan tanpa bayaran pendahuluan buat pelanggan baru dan sedia ada. Fuhh.. Jimat duit korang! Tinggal nak daftar dan ambik fon je.
Setiap pengguna juga bakal menikmati kemudahan internet 5G tanpa had serta surcaj! Mantap geng, dah lah dapat Iphone 15 dengan harga mampu milik kemudian ada internet super laju pulak, berbaloi-baloi!
Di bawah kami sertakan varian Iphone 15 yang ditawarkan berserta harga:
Iphone 15 hadir dengan pelbagai spek dan warna pilihan. Antara ciri yang popular pada siri peranti ini adalah dynamic Island dan sistem kamera yang telah ditambah baik.
Sistem kamera ini merangkumi kamera Utama 48MP yang dilengkapi dengan pilihan Telephoto 2x, cip Bionic A16 dan USB-C untuk iphone 15 dan 15 plus.
Sementara iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max pula direka dengan titanium yang kukuh namun ringan dan selesa dalam genggaman.
Ia juga dilengkapi dengan sistem kamera 48MP yang berkeupayaan lensa setara dengan tujuh lensa profesional.
iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max turut hadir dengan cip A17 Pro dan USB-C.
Barisan iPhone 15 boleh dibeli di Yes Store serta Rakan Niaga Yes di seluruh negara ataupun pesan secara atas talian di SINI.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai harga atau ketersediaan peranti korang boleh layari laman web rasmi mereka di https://www.yes.my/iPhone.