berita

YES Tawar Akses 5G Tanpa Sebarang Caj, Terokai Pengalaman Berinternet Tanpa Batas!

January 31st, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Penat bila main online game asyik tersekat-sekat? Layan youtube dan movie tapi video asyik buffering je… Sekarang dengan adanya akses internet berkelajuan 5G semuanya bukan satu isu lagi.

Kalau korang tak percaya, apa kata korang daftar untuk dapatkan simkad percuma YES FT5G dan rasai sendiri pengalaman menggunakan rangkaian internet 5G tanpa batas hari ini juga. Nak tahu caranya? Scroll sampai bawah…

5G 100x lebih laju dari 4G!

Kredit: Hello Kerja

Mesti ramai dikalangan korang yang dah lama menantikan kehadiran internet berkelajuan 5G ni kan? Kalau korang nak tahu, internet berkelajuan 5G ni bukan kaleng-kaleng ye. Ianya dikatakan memiliki kelajuan 100 kali lebih pantas berbanding internet 4G.

Kredit: Mawardi Yunus

Ini bermakna, memang tak kan ada istilah main online game tersekat-sekat, muat turun video dan aplikasi loading, layan siaran TV online buffering dan sebagainya la. Bahkan internet 5G juga dikatakan menyediakan rangkaian real time, tanpa sesaat pun penangguhan masa. Hebatkan?

YES syarikat telekomunikasi pertama perkenal kad sim 5G!

Sebagai sebuah syarikat yang memulakan trend semasa dalam usaha memberikan servis dan perkhidmatan terbaik, YES telah mengambil inisiatif untuk beri korang peluang merasai sendiri pengalaman menggunakan rangkaian internet 5G secara percuma sehingga April ini.

Berikut ialah kawasan liputan sedia ada bagi rangkaian YES FT5G di Malaysia buat masa ini;

  • Putrajaya
  • Cyberjaya
  • Beberapa bahagian Kuala Lumpur

Jangan risau, menjelang penghujung tahun 2022, YES menjangkakan hampir seluruh bandar-bandar besar dalam negara bakal menikmati perkhimatan internet berkelajuan tinggi 5G.

Jom daftar untuk akses internet 5G secara percuma!

Kredit CCN

Bagi korang yang berminat nak dapatkan kad sim dan gunakan perkhidmatan internet 5G secara percuma. Korang boleh follow langkah-langkah dibawah;

Langkah 1: Daftar di SINI atau melalui aplikasi MyYes

Langkah 2: Isi butiran peribadi termasuklah alamat rumah dan kad sim akan dihantar terus alamat tersebut secara percuma.

Langkah 3: Pastikan telefon bimbit korang sokong internet 5G dan aktifkan kad sim tersebut.

Langkah 4: Akhir sekali layari eKYC bagi proses pengesahan

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom dapatkan sim kad korang hari ini juga. Ops, sebelum min terlupa, bagi korang yang tak pasti sama ada telefon bimbit korang sokong perkhimatan 5G atau tidak? Korang boleh semak dekat SINI .

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkembangan perhidmatan internet 5G dan promosi YES, korang boleh layari laman sesawang, Facebook, Instagram dan Twitter YES.

Facebook: https://www.facebook.com/Yes.5G

Twitter: https://twitter.com/Yes_5G

Instagram: https://www.instagram.com/yes.5g/

Laman web rasmi: https://www.yes.my/

 

SKIP THIS AD ×