Penyanyi serta komposer Yonnyboii, mengakui banyak perubahan yang dialaminya semenjak bergelar suami dan bapa, selain perlu mengimbangi masa untuk kerjaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yonnyboii Pernah Jadi Mangsa Buli, Tradisi Asrama Perlu Dihentikan – ‘Sampai M*ti Saya Akan Ingat’

Artikel Berkaitan: Impian Yonnyboii Bekerja Dengan Malique Tercapai, ‘Tanya Tuhan’ Jadi Taruhan

Jadual padat

Ketika ditemui OhBulan!, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 28, mengakui jadual kerja yang padat dan kesibukkan kerja sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya.

Saya sedang ‘struggle’ tapi pada masa sama, saya cuba kembali ‘fit’. Dulu pada awal saya berkahwin dengan isteri saya, saya gemuk sedikit. Saya akui, banyak perkara yang sedang berjalan.

Saya pun tengah buat album, jadi semuanya berkaitan muzik, anak saya dan keluarga saya. Tapi macam mana pun, kami cuba untuk kendalikan bersama.

Yonnyboii berkata demikian ketika ditemui pada sidang media single terbaharunya bersama Harith Zazman berjudul Sempurna, yang berlangsung di Universal Music Malaysia pada Khamis.

Luang masa bersama isteri

Walau bagaimanapun, Yonnyboii berkata, dia akan tetap mencari masa untuk bersama dengan isteri bagi mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Saya rasa kita faham apa yang kita buat takkan pernah cukup buat anak, tapi walau saya sibuk macam mana pun akan cuba cari masa untuk dia.

Saya juga cuba luangkan masa untuk isteri saya, kami akan pergi ‘dating’ sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Kerana, selagi kami ada masa untuk satu sama lain, semuanya akan okay.

Tambah pelantun lagu Salahku ini, dia akan memastikan isterinya juga turut mendapat perhatian dan dilimpahi dengan kasih sayang.

Sebab saya akui pada tahun pertama, ia adalah masa yang agak tertekan buat kami, ketika kami dikurniakan anak, sukar untuk kami memahami satu sama lain.

Pernah juga dia katakan saya pentingkan anak, sebab saya ingat kalau kita mengambil tanggungjawab menjaga anak, itu sudah cukup.

Tapi lama kelamaan, saya baru faham rupanya kita kena sentiasa cari ‘spark’ dalam hubungan kalau tak, cinta itu akan pudar.

Kita ingatkan bila sudah berkahwin, hubungan itu akan kekal selamanya tapi tidak selepas kahwin, lagi banyak usaha yang perlu kita letak sebenarnya.

Untuk info, Yonnyboii mendirikan rumah tangga bersama Nik Nazira Narriman pada 20 November 2021 dan memiliki seorang cahaya mata bernama Kyro.