berita

You Are Just A Garbage & Budak Hingusan – Eira Syazira Didakwa Tampar Kru Penggambaran

May 28th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-27 at 10.13.01 PM

Setahu kami, sepanjang bergelar anak seni, jarang sekali kita mendengar kontroversi mengenai Eira Syazira bukan? Eira boleh dianggap sebagai seorang pelakon yang bersih daripada kontroversi dan profesionalismenya dalam karier lakonan adalah tidak dapat dinafikan.

Namun, imej baik itu dilihat sedikit tercalar apabila baru-baru ini timbul dakwaan bahawa Eira telah menampar seorang kru penggambaran sehinggakan perkara itu kini dikatakan sudah menjadi kes polis.

Terkini, menerusi laman Instagramnya, isteri kepada Azad Jazmin itu dilihat tidak berdiam diri dengan isu tersebut dan menggelar kru terbabit sebagai sampah dan budak hingusan.

Screen Shot 2014-05-27 at 10.01.01 PM

Kemaskini daripada laman Instagram Eira Syazira

Dipercayai telah membuat pengakuan di sebuah program hiburan tanpa menunjukkan identiti sebenar, Eira telah melabelkan kru terbabit sebagai seorang yang tidak professional.

Mendapat sokongan daripada para peminat, mereka meminta agar Eira bersabar dan menganggap bahawa itu merupakan salah satu ujian sebagai seorang pelakon.

Apa-apapun, diharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan nama baik Eira dapat dibersihkan semula.

Kredit foto: Instagram Eira Syazira

SKIP THIS AD ×