berita

Yuna Dilantik Duta Maybank Debit Kad

October 8th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-10-08 at 10.19.34 AM

Tak putus-putus rezeki yang datang. Satu demi satu penyanyi kebanggaan negara ini terima.

Selepas dilantik sebagai duta media sosial untuk Malaysia Airlines (MAS), kini Yuna, 26, telah dilantik pula sebagai duta bagi Maybank debit kad.

Perlantikannya ini sekaligus memberi peluang pada pengguna Maybank debit kad untuk merapatkan lagi hubungan bersama penyanyi ini serta berpeluang untuk menyaksikan konsertnya secara langsung dengan tajaan Maybank.

Sebagai duta Maybank debit kad, pihak Maybank telah menawarkan 2 tempat untuk peminat bertuah bagi menemui Yuna secara eksklusif di Amerika Syarikat. Dan menariknya, kesemua perbelanjaan pergi dan balik ke Amerika Syarikat akan ditangguh sepenuhnya oleh Maybank.

Caranya mudah saja, untuk melayakkan diri, anda hanya perlu menghantar SMS ke 66628, taip MDCYUNA <space> 12 Digit No IC. Cepat hantar sekarang kerana kempen ini telah bermula dari 1 Oktober 2013 sehingga 31 Januari 2014.

Tak cukup disitu, Maybank juga menyediakan 50 tempat bertuah untuk pemenang menyaksikan showcase eksklusif Yuna. Cuma beritahu apakah sebab anda sukakan Yuna di laman Facebook rasmi, Maybank.

Anda boleh rujuk info dibawah untuk maklumat lanjut!

CC233

SKIP THIS AD ×