berita

Yuna Dipilih Sebagai Duta Media Sosial MAS

May 2nd, 2013 | by Ai
Shout Out!

MAS Yuna 2

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Terukir Di Bintang, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zaraai baru-baru ini telah dilantik sebagai duta media sosial untuk syarikat penerbangan terkemuka Malaysia (MAS).

Setelah melihat kemampuan Yuna yang berjaya mengembangkan bakatnya sehingga ke luar negara, Ketua Pengiklanan dan Promosi MAS, Khairul Syahar Khalid berkata, beliau percaya penyanyi tersebut akan dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai duta dengan baik dan effektif.

Dengan berkongsikan perjalanannya bersama kami dan jutaan peminatnya di media sosial, MAS yakin Yuna bakal memberikan inspirasi yang hebat terutamanya buat ikutan golongan muda dan sekaligus mampu menjadi idola buat seluruh rakyat Malaysia untuk mengejar impian dan mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.

Sebagai duta media sosial, Yuna juga akan kongsikan segala pengalaman mengembaranya menerusi laman YouTube, Amazing Journeys MAS dan dalam masa yang sama segala aktiviti penjelajahannya itu akan turut dimuat naik secara eksklusif melalui laman Facebook dan Twitter MAS.

Untuk makluman, hubungan rapat antara MAS dan penyanyi ini telah terjalin sejak awal tahun 2012 lagi sewaktu Yuna dipilih sebagai duta untuk aplikasi MHbuddy. Aplikasi ini bertujuan untuk menggalakkan peminat dan pengguna telefon pintar memuat turun aplikasi tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan tempahan tiket secara lansung melalui saluran media sosial mereka.

Syarikat penerbangan ini pernah diiktiraf sebagai salah satu syarikat yang aktif menjalankan aktiviti menerusi media sosial dan secara tidak langsung menjulang nama MAS sebagai Penggunaan Terbaik Media Sosial untuk Drive Pendapatan sewaktu  berlangsunganya majlis sulung Simpliflying-Syarikat Penerbangan Kecemerlangan Perniagaan Sosial Anugerah Airlines Media pada tahun 2010.

SKIP THIS AD ×