
Pelakon, Yuna Rahim menitipkan pesanan kepada pelapis baharu industri seni agar sentiasa menjaga adab dan keperibadian diri kerana bakat semata-mata tidak menjamin kejayaan.
Artikel Berkaitan: ‘Manusia Yang Suka Usik Budak Sampai Menangis Ini Sakit Otak’ – Yuna Rahim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Ada Benda Yang Nak Dimalukan Artis Kahwin Dengan Kru’ – Yuna Rahim
Jaga adab
View on Threads
Yuna atau nama sebenarnya Shafiqah Husna Abd Rahim, 31, berkata kebolehan lakonan sememangnya penting untuk membuka peluang.
Bagaimanapun, budi bahasa dan sikap yang baik merupakan penentu utama sama ada seseorang itu dihormati atau sebaliknya.
Bakat boleh membawa ke mana-mana tetapi sikap, keperibadian dan adab adalah perkara yang membuatkan orang menghormati serta mahu bekerja dengan anda.
Yuna turut mengingatkan setiap individu bermula dari bawah dan sentiasa akan melakukan kesilapan.
Mengulas lanjut, Yuna berkata rasa hormat bukan sesuatu yang boleh dituntut sebaliknya perlu diperoleh melalui sikap dan adab seseorang.
Terutamanya untuk pelapis baharu yang sedang membina nama dalam industri, tolong ingat bahawa rasa hormat itu berlaku secara dua hala.
Hormatilah pengarah, penerbit, kru produksi, rakan pelakon dan semua orang yang bekerja di belakang tabir.
Jangan memandang rendah sesiapa hanya kerana jawatan atau populariti mereka.
Menurut Yuna, menjaga adab bukan bermaksud seseorang perlu merendahkan martabat diri atau membiarkan orang lain mengambil kesempatan terhadapnya.
Anda boleh mempunyai keyakinan yang tinggi, berpegang teguh pada pendirian, mempunyai pendapat sendiri, tetapi jangan sesekali hilang budi bahasa dalam proses tersebut.
Pada akhirnya, orang akan mengingati watak yang kita lakonkan dan cara kita melayani orang lain juga akan lebih diingati.
Sumber: Threads








