berita

Yuna Tak Perlukan Penyelamat?

November 7th, 2013 | by Ai
Video Popular

Yuna

Setelah muncul dengan album terbaru berjudul, Nocturnal sekitar Oktober lepas, kini Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai mula giat melancarkan muzik video terbarunya berjudul, Rescue.

Secara umumnya, Rescue merupakan salah sebuah lagu yang terkandung dalam album terbarunya, di mana menerusi  bait-bait lagu tersebut, Yuna dilihat cuba memberitahu kepada dunia tentang semangat dan ketabahan wanita dalam mengharungi pelbagai cabaran kehidupan.

Screen Shot 2013-11-07 at 3.59.54 PM

Dalam masa yang sama, penyanyi ini turut menyatakan bahawa, sebagai seorang wanita, mereka tidak memerlukan penyelamat dan mampu melindungi diri sendiri.

Kenapa begitu ya? Kalau nak tahu, ayuh hayati sedikit bait-bait lirik yang terkandung menerusi lagu Rescue :

Yeah, she’s got a laugh in her face
She don’t need no rescue and she’s okay.
No SOS me then rescue when she’s finally there.

Yuna

Dalam pada itu, muzik video berdurasi 4.04 ini turut memilih konsep yang sama seperti MV I Wanna Go, di mana kedua-duanya berkonsepkan alam sekitar. Namun begitu, susun atur untuk lagu kali ini dilihat lebih enjoy dan funky berbanding sebelumnya.

Apa pun, bagi mereka yang masih belum melihat muzik video Rescue, jom layan MV tersebut selepas ini.