Penyanyi popular, Yuna menitipkan kata-kata semangat kepada jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali yang dikritik selepas tewas dalam perlawanannya, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yuna ‘Throwback’ Momen Nikah, Netizen Imbau Fenomena Pelamin Bohemian Tropical – ‘Sebab Dia Lah, Habis Semua Nak Ikut’

Artikel Berkaitan: Yuna Bengang Penampilan Masih Dipersoal, Netizen Siap Minta Tanggal Hijab! – ‘Tolong Unfollow Kalau Tak Senang’

‘Keep on going’

Menerusi komen di hantaran Instagram Jojo, pemilik nama Yunalis Mat Zara’ai, 38, berkata Johan atau lebih mesra disapa dengan panggilan Jojo perlu meneruskan perjuangan tanpa mempedulikan mereka yang mengecamnya.

Penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu berkata kecaman yang diterima Jojo hanyalah daripada segelintir kecil peminat, sedangkan majoriti masih memberikan sokongan dan kata-kata positif terhadap atlet negara itu.

Teruskan perjuangan. Percayalah kecaman ini kemungkinan daripada mereka yang 10 peratus dalam kalangan peminat yang mempunyai banyak masa untuk berada di media sosial hanya untuk mengkritik orang.

Tetapi yang lain masih menyokong awak. Awak hanya perlu teruskan berjuang.

Buat untuk diri awak dan keluarga. Kami tetap berbangga dengan awak.

Perkongsian terbaru Jojo mendapat perhatian orang ramai. Menerusi tinjauan OhBulan!, rata-rata warganet mengambil peluang menyatakan semangat mereka kepada atlet itu.

Sebelum ini, Jojo dilaporkan tewas kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez dalam aksi penuh sengit ONE Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Sabtu

Sumber: Instagram