berita

Yuran Menunggang Kuda Turun, Menteri Harap Rakyat Ambil Peluang Belajar Menunggang Kuda

December 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Berita baik buat mereka yang bercita-cita dan mengimpikan untuk mempelajari teknik menunggang kuda. Kelab Berkuda dan Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam semalam mengumumkan ia bakal mengenakan yuran serendah RM50 kepada lebih ramai orang awam bagi mempelajari kemahiran menunggang kuda.

Menerusi laporan Berita Harian, kelab yang sudah 11 tahun menjadi lokasi bagi peminat kuda itu bakal mengurangkan yuran dari RM290 setahun kepada hanya RM50 setahun berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Yuran RM290 untuk keluarga luar negara sahaja

Menurut laporan portal tersebut, pengasasnya, Datuk Terry Teo berkata dengan kadar baharu yang ditetapkan itu, penduduk Shah Alam hanya perlu membayar yuran sebanyak RM50 setahun bagi setiap keluarga.

Manakala keluarga dari sekitar Selangor, yuran sebanyak RM100 dikenakan, dan keluarga yang merupakan luar dari Selangor pula, bayaran yuran dengan kadar sebanyak RM150 perlu dibayar untuk aktiviti riadah ini. Katanya, kadar RM290 hanya dikenakan kepada keluarga dari luar negara sahaja.

Sudah hampir 11 tahun kelab ini dibuka, saya sudah mencapai tujuan dan hasrat iaitu lebih 10,000 individu yang sebelum ini tiada pengetahuan langsung, kini mampu menunggang, mengendalikan kuda, menjaga, memandikan kuda dan sebagainya.

Jadi sudah tercapai hasrat membantu orang ramai dan menjadikan kelab ini sebagai Kelab untuk keluarga beriadah.

Bantu lebih ramai orang

Jelas Terry, tujuan ia dilakukan adalah untuk membantu orang ramai belajar berkuda dan bukannya untuk keuntungan semata-mata.

Semua orang menganggap aktiviti berkuda melambangkan kemewahan dan mahal tetapi saya mahu menjadikannya sebagai kemudahan kepada orang ramai bukan kemewahan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam pada itu berharap semua penduduk Shah Alam dapat merebut peluang itu untuk belajar menunggang kuda di samping meluangkan masa beriadah bersama keluarga di kelab tersebut.

Sumber: Berita Harian, Bernama

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×