berita

Yusry Nafi Vikingdom Hina Agama Islam

September 20th, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Movie Vikingdom-13

Setelah hampir seminggu filem terbitan KRU Studios, Vikingdom ditayangkan di seluruh pawagam tempatan, nampaknya filem tersebut berjaya mendapat sambutan hangat di kalangan para penonton dan ianya jelas terbukti apabila laman rasmi Facebook KRU Studios turut memaklumkan bahawa Vikingdom telah berjaya menduduki tangga kedua Malaysian Box Office sepanjang minggu ini.

Ketika seronok meraikan kejayaan tersebut, tiba-tiba singgah berita yang tidak enak didengar, apabila terdapat individu yang tidak dikenali telah mendakwa Vikingdom merupakan karya yang seolah-olah menghina Nabi dan lebih mendukacitakan apabila ianya disamakan dengan video Innocence of Muslims.

Susulan dakwaan tersebut, pengarah filem Vikingdom, Yusry Abdul Halim telah tampil memberikan penjelasan mengenai isu terbabit. Menurut Yusry, tuduhan yang dilemparkan oleh individu yang menggelar dirinya sebagai pakar mitos Scandinavia zaman pra-Kristian itu sangat melampau dan tindakannya boleh menyebabkan ramai pihak salah faham dengan kenyataan tersebut.

Jika seseorang yang membaca ulasan tersebut dan tidak memahami situasi sebenar ia boleh mendatangkan masalah lain dan menyebabkan saya dituduh sebagai orang yang menghina agama sendiri dan agama Kristian.

Tindakan lelaki tersebut menyamakan filem Vikingdom dengan video Innocence of Muslims adalah satu perbuatan yang sangat-sangat melampau. – Dipetik dari mStar

Movie Vikingdom-16

Dalam pada itu, pengarah muda tersebut turut menegaskan bahawa filem arahannya itu sekadar karya fantasi dan tiada kaitan dengan mana-mana sejarah sebenar.

Ingin saya tegaskan di sini, filem ini hanyalah fantasi dan bukannya diolah daripada sejarah sebenar. Malah mereka (barat) sendiri tidak tahu sama ada mitos tentang Viking dan Thor ini benar-benar wujud atau pun tidak.

Belum ada pihak yang mengecam mana-mana penerbit atau pengarah yang menukar versi asal sesuatu cerita mitos di barat dan saya tidak faham kenapa saya dihentam. Adakah kerana saya beragama Islam isu itu dibangkitkan?

Untuk makluman, sebelum ini terdapat individu yang menggelar dirinya sebagai Dr. Karl E. H. Seigfried, di mana pada tanggal 17 September lepas, Karl telah menghantar surat terbuka kepada pihak KRU Studios dengan mengajukan beberapa soalan berkaitan Vikingdom dan dalam masa yang sama, dia juga cuba mempertikaikan eleman-eleman sejarah yang terdapat di dalam filem tersebut.

Kritik filem Vikingdom

Bagi yang ingin membaca lebih lanjut apakah kandungan sebenar surat terbuka yang dikirimkan oleh Dr. Karl E. H. Seigfried kepada pihak KRU Studios, anda boleh membacanya di laman Facebook yang menggunakan akaun nama Norse Mythology.

SKIP THIS AD ×