
Perkongsian terbaharu pelakon Yusuf Bahrin menyorot perhatian ramai apabila dilihat memuat naik video dirinya yang tampil tanpa berbaju.
Artikel Berkaitan: ‘Kerja Jam 9 Pagi Hingga 5 Petang Lebih Relaks’ – Yusuf Bahrin Kongsi Penat Lelah Sebagai Anak Seni
Artikel Berkaitan: ‘Suka Cakap Tanpa Selidik.. Bila Tuduh Jadi Fitnah’ – Yusuf Bahrin Jawab Dakwaan Wujud Orang Ketiga
Tayang badan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Yusuf, 34, berkongsi rutin hariannya termasuk meluangkan masa di gimnasium serta menjalani penggambaran.
Dalam hantaran yang sama, pelakon berusia 34 tahun itu turut berkongsi pandangannya mengenai erti kebebasan iaitu apabila dapat meluangkan masa kepada perkara yang benar-benar penting dalam hidup.
Semakin saya besar, semakin saya faham bahawa kebebasan bukan sekadar tentang duit.
Sebenarnya tentang kebebasan untuk meluangkan masa kepada perkara yang benar-benar penting dalam hidup.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet apabila melihat bekas suami penyanyi Zizi Kirana itu menampilkan aurat secara terbuka di media sosial.
Reaksi netizen




Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan sah bercerai dengan talak satu secara raji’e pada 2 April.
Sumber: Instagram @yusuf_bahrin






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

