berita

Zahid AF2 Akhiri Zaman Bujang Jun Depan

May 27th, 2013 | by Ai
Kini Trending

untitled-31

Penyanyi dan penyampai radio Era.fm, Zahid Baharudin atau lebih dikenali sebagai Zahid AF2 akui akan mengakhiri zaman bujangnya bersama gadis pilihan, Sarah Julifa pada bulan Jun ini.

Zahid ketika ditemui di sidang media Akademi Fantasia 2013 minggu lalu telah menyatakan bahawa dia mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun kerana merasakan masanya sudah tiba untuk dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan tidak mahu melengahkan perkara penting tersebut.

Dua-dua majlis kita akan buat di Teluk Intan, Perak sebab dia pun orang Teluk Intan juga.

Sebenarnya kami kenal masa raya tahun lepas. Kali ini memang kenal tak lama sebab saya rasa kalau bercinta lama-lama ni ada setengah perhubungan menjadi dan ada yang tidak. Tapi bagi saya kalau berkawan lama-lama tak bolehlah, sebab rasa macam tak ada hala tujuan.

Jadi, biar saya tetapkan bila nak kahwin dan boleh bersedia untuk semuanya.

Zahid merisiskZahid sewaktu merisik Sarah Julifa

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkenalan yang singkat ini, Zahid akui dia lebih gemar memilih bercinta seleps berkahwin kerana ingin merasai nikmat bercinta yang lebih manis dan mendalam.

Sebenarnya kami kenal melalui laman sosial (Twitter) dan sekarang ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

Saya lebih suka bercinta lepas berkahwin sebab orang cakap lagi manis.

Lagipun sebelum ini kami hanya buat majlis merisik sahaja, tak bertunang. Kalau tunang pun mungkin akan buat sekejap sebelum nikah kot – Ujar Zahid sambil tersenyum manis.

Memandagkan penyampai radio ini tidak mengambil keputusan terlalu lama untuk memilih Sarah sebagai suri dalam hidupnya, timbul persoalan dikalangan pihak media apakah ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Sarah berbanding teman wanitanya yang sebelum ini?

Saya memilih Sarah sebab dia seorang yang simple dalam apa jua yang dia lakukan dan dia pun banyak aturkan hidup saya selama ini.

Bila dengan dia saya senang nak berborak. Kalau nak tahu, ujian pertama dia adalah memasak.

Sebelum ini saya pernah rasa masakan dia iaitu ayam masak lemak dan itu adalah masakan kegemaran saya. Bila dah rasa masakan dia OK, jadi saya buat keputusan untuk memilih dia.

Zahid dan Sarah difahamkan akan melangsungkan pernikahan mereka pada 7 Jun depan di Masjid Besar Teluk Intan, Perak. Untuk makluman, Zahid telah merisik Sarah pada Disember tahun lalu.

SKIP THIS AD ×