berita

Zahirah MacWilson Padam Foto Dengan Selebriti Pro-Israel, Mohon Maaf Lewat Kongsi Fasal Palestin

October 22nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Zahirah MacWilson

Pelakon jelita Zahirah MacWilson antara selebriti yang menggunakan platform media sosial miliknya untuk menyebarkan kesedaran mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin ketika ini.

Artikel Berkaitan: Komen ‘Stay Safe’ Di IG Gal Gadot, Raja Ilya Nafi Sokong Israel – ‘Saya Lebih Kepada Rasa Simpati Terhadap Wanita & Golongan Ibu’

Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Bergambar Dengan Zionis?’ – Netizen Kecam Zahirah Macwilson Bersama Gal Gadot

Padam gambar Gal Gadot

Zahirah MacWilson

Menerusi perkongsian di Instagram, Zahirah akui dirinya sedikit terlewat untuk menyatakan sokongan terhadap Palestin disebabkan dia mengalami masalah kesihatan minggu lalu.

Saya telah mengelak media sosial sejak minggu lalu untuk memberi tumpuan kepada rehat dan pemulihan untuk kesihatan saya sendiri dan hanya keluar rumah jika saya ada kerja.

Pada masa sama, membaca dan menyaksikan adegan ngeri yang berlaku di Palestin terlalu menyayat hati. Setelah beberapa malam mendengar cerita daripada suami dan dalam diam mendoakan perdamaian di Palestin, cukuplah.

Apa yang berlaku sejak 1948 sehingga hari ini hanya boleh digambarkan sebagai tindakan jahat, tamak dan kempen pembunuhan beramai-ramai.

Nyawa yang tidak berdosa terkorban akibat daripada peperangan ini. Keluarga berantakan, ibu menangis untuk anak-anak mereka dan anak-anak dikorbankan

Bukan itu sahaja, Zahirah juga dilihat sudah memadam gambarnya bersama pelakon yang menyokong Israel iaitu Gal Gadot ketika menghadiri sebuah acara jenama antarabangsa di luar negara.

Rata-rata netizen memuji tindakan Zahirah yang akhirnya memadam gambar tersebut yang dianggap sensitif dalam keadan sekarang ini.

SKIP THIS AD ×