berita

Zahiril Adzim Sering Ditipu Produksi?

January 6th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Drama-Juvana-Lakonan-Zahiril-Adzim

Jika selama ini kebanyakan kes ialah berkenaan artis menipu produksi ataupun menarik diri daripada projek, sebaliknya pula yang terjadi kepada Zahiril Adzim.

Dalam satu sesi temubualnya di rancangan Melodi semalam, Zahiril mengakui bahawa dirinya yang masih dikira mentah dalam industri tanah air kerap dilakukan sedemikian oleh produksi yang secara tiba-tiba membatalkan pembabitannya dalam sesebuah projek.

“Kehidupan seharian saya banyak bergantung daripada sumber lakonan dan apabila terjadi perkara seperti ini sedikit sebanyak ianya menyusahkan saya. Jadi, saya berharap pihak produksi yang mahu mengemukakan tawaran berlakon haruslah membuat perjanjian hitam-putih dan membayar wang pendahuluan terlebih dahulu.” – Zahiril Adzim

Zahiril yang amat kesal dengan kejadian ini memberi kenyataan bahawa akan bertindak lebih tegas pada masa hadapan jika perkara ini terus berulang dan turut memberi nasihat kepada pendatang baru industri supaya lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang tawaran.

aku-ada-wali-siti-saleha-dan-zahiril

Gandingan Zahiril bersama Siti Saleha dalam sebuah drama adaptasi ‘Aku Ada Wali’

Ditanya mengenai perkembangan terbaru, Zahiril menyatakan bahawa dia kini lebih banyak  diberi tawaran sebagai watak sampingan berbanding watak utama dalam sesebuah projek.

Namun, Zahiril mengambil positif perkara itu dan beranggapan bahawa watak sampingan juga mampu memberi kesan yang luar biasa dalam sesebuah drama atau filem.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×