berita

Zain Saidin & Aaisyah Positif Covid-19, Che Ta Tangguh Percutian Ke ‘Private Island’ – ‘Habis Perancangan Ulang Tahun Perkahwinan Terbantut’

December 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pasangan sama cantik sama padan, Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru sahaja menyambut ulang tahun kelapan perkahwinan pada 11 Disember lalu.

Hanya mampu merancang

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta mendedahkan suaminya disahkan positif Covid-19 bulan lalu diikuti anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang turut terpalit sama sehari selepas Zain.

Kata pelakon berumur 48 tahun itu, perancangan untuk bercuti ke sebuah pulau persendirian di Pulau Langkawi juga terpaksa ditunda.

Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di pulau itu. Kami patut pulang daripada percutian itu sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.

Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya kena tolak tawaran itu.

Suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.

Bagaimanapun Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya.

Kuarantin di rumah

Tambah pemilik nama Rozita Abu Bakar, ketika insiden itu suami dan anaknya melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Kesian tengok Aaisyah kena virus ini. Walaupun deria rasa tak hilang, sampai kena paksa dia makan. Kebetulan masa kejadian, mak saya ada di rumahnya di Subang Jaya. Kebiasaannya mak memang banyak berada di Kedah menghabiskan masa di rumahya di sana.

Kebetulan juga unit rumah mak di sini berdekatan dengan kediaman saya. Jadi saya dan Aaisyah memilih untuk duduk di rumah mak. Suami pula terus kuarantin di bilik di rumah kami sendiri.

Dua anak lelaki pun memilih menemani suami saya di rumah tetapi buat hal masing masing di bilik.

Lengkap dua dos bukan jaminan

Dalam pada itu, pelakon drama Tahyul menyatakan bukan itu sahaja dugaannya kerana ibu dan adik beradiknya turut positif Covid-19 beberapa bulan lalu.

Memang apabila semua ini berlaku, habis perancangan itu ini termasuk menyambut ulang tahun perkahwinan terbantut. Tapi apa daya kita nak menghalang semua ini daripada terjadi.

Walaupun suami sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat itu takkan menyerang. Virus ini memang ada di sekeliling kita. Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda. Kadang-kadang sejauh mana kita berhati hati pun, nak jadi… jadi juga.

Terdahulu, Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, tujuh tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

SKIP THIS AD ×