berita

Zain Saidin Memang Mahu & Tertarik Pada Rozita Che Wan

November 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kalau sudah namanya suka atau pun cinta, perbezaan umur pun tidak menjadi masalah, kan? Kalau bukan umur, cukup dengan perwatakan yang menarik serta keikhlasan hati pun sudah boleh menambat hati insan yang lain.

Itulah yang diakui sendiri oleh pelakon kacak berusia 28 tahun, Zain Saidin kepada akhbar online tempatan mengenai perasaannya terhadap pelakon jelita, Rozita Che Wan, 39. Adik kepada Sasha Saidin ini juga tidak menolak jika mereka berdua ditakdirkan bersama.

“Dia seorang wanita yang baik dan ikhlas. Jika tertulis ada jodoh antara kami, saya tidak menolak. Saya akui memang menyukai Che Ta tetapi lebih daripada itu saya tidak boleh komen.” – Zain Saidin dipetik dari mStar Online.

Tidak berhenti disitu, Zain mengaku dia sememangnya mahukan Rozita Che Wan namun hubungan mereka setakat ini hanyalah sekadar kawan biasa.

“Memang saya mahu dan tertarik pada dia tetapi kami hanya berkawan pada masa ini. Saya tidak nafikan mahu menjalin hubungan melebihi apa yang kami lalui sekarang. Kalau benar ada sesuatu yang terjalin antara kami, sudah tentu saya akan berkongsi dengan khalayak,” terangnya.

Baru-baru ini, Rozita Che Wan telah dikaitkan dengan Shah Iskandar, pelakon yang berganding bersamanya dalam drama ‘Kiah Pekasam’ sehingga dikatakan menimbulkan rasa cemburu pada Zain Saidin.

SKIP THIS AD ×