Hasrat penyanyi legenda Zaiton Sameon akhirnya akan menjadi kenyataan apabila ada pihak yang sudi merealisasikan impiannya untuk mengeluarkan single baharu.

Artikel Berkaitan: Sebulan Dua Kali Ke Sarawak, Zaiton Sameon Nafi Letak Harga Mahal – ‘Saya Bersyukur Masih Terima Banyak Undangan’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tiada Rumah, Harta, Anak, Ibu Bapa’ – Zaiton Sameon Syukur JKM Dengar Luahan Hati

Hasrat sebelum menutup mata

Zaiton Sameon

Zaiton yang popular sekitar tahun 1980-an, meluahkan rasa syukur apabila keinginannya itu telah mendapat tajaan penuh oleh pemilik I’Dahlia Corner, Dahliati Aliruddin.

Difahamkan penghasilan lagu berjudul Reda itu sebelum ini telah tergendala selama empat tahun.

Saya bersyukur sangat-sangat kerana sebelum`tutup mata’ ada juga orang yang nak taja single baru saya, Reda. Lagu ini merupakan lagu terakhir komposer A.Ali sebelum dia meninggal dunia. Waktu dapat single itu, muziknya kosong berserta lirik nukilan Habsah Hassan. Tak lama kemudian A.Ali meninggal dan lagu tersebut tak sempat dirakamkan.

Selepas itu, adik angkat saya, Wafa mengubah sedikit muziknya untuk memberi lebih `touching’ pada lagu tersebut.

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada penyanyi Elveena Iris yang tolong saya dapatkan tajaan sebanyak RM12,000 untuk buat single Reda yang akan diterbitkan komposer Bell Fatah.

Dalam pada itu, Zaiton berkata, lagu tersebut sangat bermakna kerana lirik yang berkisarkan tentang kerinduan terhadap arwah anak tunggalnya.

Lagu ini cukup terkesan sebab senikatanya menggambarkan perasaan saya yang merindukan arwah anak tunggal saya, Allahyarham Azirwan Abu Bakar yang sudah 35 tahun meninggal dunia dalam nahas di Batang kali, Selangor pada 21 Februari 1990.

Berita gembira tersebut telah diumumkan oleh Dahliati ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan daripada pihak I’Dahlia Corner kepada Zaiton serta 50 anak-anak yatim dari Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, Keramat pada Sabtu.

Peluang untuk Zaiton

Sementara itu, Dahlia berkata, dia berbesar hati untuk menaja pelantun lagu Kabut Serangkai Mawar tersebut selepas mendengar tentang hasratnya yang masih belum terlaksana.

Saya dengar Zaiton ada cakap nak rekod satu lagu sebelum menutup mata. Hati saya cukup tersentuh bila mendengarnya dan apa salahnya kalau kami berkongsi rezeki.

Lagipun saya ni memang peminat tegar dia. Bila ke karaoke saya suka menyanyikan lagu Menaruh Harapan.

Kalau tidak ada halangan, selepas raya kami akan mulakan rakaman single ini.

Untuk info, majlis turut dihadiri Presiden Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM), Datuk Sri Nor Hasnal Hashmi bersama timbalannya, Datuk Shahzelan.

Para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan bertenaga Datin Ramziela, Elveena Irisa, Zur Eda dan Azura bersama suaminya Chebb.