berita

Zakat Satu Tanggungjawab! Tiada Isu Penyalahgunaan Dana! – Ini Penjelasan PTPTN

December 29th, 2018 | by Intan Mahsuri
Shout Out!
Baru-baru ni ada isu timbul mengenai pembayaran zakat sebanyak RM 1 Juta oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Banyak yang salah faham. Jangan buat sebarang spekulasi, okay? Selidik dan cuba faham fakta dulu!

Bayar perniagaan perlu ditunaikan!

Bagi yang kurang jelas, pembayaran  zakat perniagaan merupakan satu kewajipan bagi syarikat perniagaan apabila dah memenuhi syarat yang ditetapkan. Bukan buat suka-suka macam yang diuarkan-uar. Kita harus siasat sebelum menuding jari kepada mana-mana pihak. Kalau korang nak tahu PTPTN keluarkan zakat sebab diorang  telah memenuhi syarat.

PTPTN penuhi syarat tunai zakat!

Sejak dulu lagi asas yang digunakan oleh PTPTN ialah mereka memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk mengeluarkan zakat. PTPTN cuma bayar 2.5% daripada hasil pelaburan tahunan. Ianya adalah jumlah minimum yang perlu dijelaskan kerana PTPTN memenuhi syarat yang ditetapkan. Plus, hasil pelaburan yang diperolehi tu adalah pendapatan tambahan. Tak usik dana pinjaman pun. Korang ni, gelabah je.

Tak jejaskan pinjaman yang diberikan! Tak ada salah guna dana!

Bayaran zakat dibuat berdasarkan keuntungan pelaburan PTPTN terutamanya melalui deposit SSPN. Bagi yang kurang jelas, SSPN merupakan Skim Simpanan yang patuh syariah dengan menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar”.

Melalui konsep ini, PTPTN telah diwakilkan oleh pendeposit (penyimpan) untuk melabur bagi pihak mereka. Sama la macam korang beli saham, lepas dapat keuntungan jualan saham atau dividen saham korang kan kena keluarkan zakat  pendapatan? Betul tak? Macam tu la juga dengan PTPTN.

Rujuk pelbagai pihak berwajib sebelum tunai zakat!

PTPTN sebenarnya dah dapatkan pandangan pelbagai pihak termasuklah Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Zakat Selangor mengenai perkara ini. Bahkan, PTPTN adakan perbincangan dengan Lembaga zakat beberapa negeri sebelum buat bayaran.

Jadi, bayaran yang dibuat bukanlah membuta tuli. Berikut adalah sejarah dan penjelasan PTPTN mengenai bayaran zakat perniagaan PTPTN sebelum ini yang tak pernah dihebahkan.

PTPTN telah mengeluarkan zakat sejak akhir tahun 2016 dan diteruskan pada akhir tahun 2017 melibatkan semua negeri di Malaysia. Bayaran zakat yang dibuat oleh PTPTN adalah wajib bagi hasil pelaburan PTPTN.

PTPTN berharap pembayaran zakat PTPTN juga dapat membantu dan meringankan beban golongan asnaf di seluruh Malaysia.

PTPTN berterima kasih kepada semua pihak yang dah bagi kerjasama baik dalam usaha PTPTN untuk tunaikan tanggungjawab mereka. Hopefully, melalui pembayaran zakat PTPTN tahun ini banyaklah golongan asnaf yang terbantu.

Lepas ni tak nak buat andaian yang bukan-bukan dah ye. Pinjaman masih tersedia bagi mereka yang layak. Tak ada isu tentang pembayaran zakat sebab PTPTN hanya jalankan tanggungjawab mereka seperti sebelum ini.

Bagi yang ternanti-nanti info tentang kaedah pembayaran balik pinjaman, Jangan bimbang, pihak PTPTN komited merangka kaedah bayaran balik yang tidak akan membebankan korang. Kita stay tuned dan tunggu ye?

Website: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

SKIP THIS AD ×