
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mencuri perhatian warganet apabila meluahkan pandangannya tentang kos pendidikan anak-anak yang semakin mahal pada masa kini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayda Jebat Beri Kejutan, Umum Hamil Anak Ketiga – ‘Sekarang Sudah Empat Bulan’
Yuran sekolah mahal
Menerusi hantaran di platform Threads, Ayda, 33, mengakui terkejut apabila membandingkan harga yuran sekolah zaman sekarang dengan ketika dirinya kecil dahulu.
Zaman sekarang ini, yuran sekolah anak bukan main mahal. Dulu masa kita sekolah tadika pun dah rasa ‘mahalnya mama papa bayar’.
Sekarang harganya sampai beribu-ribu ringgit, sama macam sebulan gaji orang. Memang kaya betul siapa yang buka sekolah sekarang.
Dalam hantaran sama, isteri kepada Nabil Mahir itu turut berseloroh mengatakan jika mencari sekolah dengan yuran lebih murah juga bukan satu penyelesaian, kerana ada pula masalah lain yang timbul.
Kalau cari yang murah sikit pula, lain masalahnya. Kejap anak masuk hospital, sakit perutlah, tandas kotorlah, lebam sana-sini, itu tak kena, ini tak kena.
Luahan jujur Ayda itu nyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, terutama kalangan ibu bapa yang senada dengan pendapatnya.
Ramai bersetuju kos pendidikan termasuk tadika dan pra-sekolah kini jauh lebih tinggi berbanding dahulu sekali gus menzahirkan kebimbangan ibu bapa terhadap beban kewangan untuk memastikan pendidikan anak-anak berkualiti.
Sumber: Threads