berita

‘Bukan Lupa Lirik Tapi..’

November 12th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Persembahan kurang memuaskan Zamani ketika mendendangkan lagu Dekat Padamu malam tadi telah menimbulkan rasa bimbang peminat. Ramai yang menganggap penyanyi tersebut masih tidak sihat sepenuhnya apabila terlupa lirik di awal nyanyian. Selaku juri tetap Datuk  Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim tampil memberikan alasan kukuh mengapa penyanyi itu layak ke peringkat akhir.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Kenapa Zamani Boleh Ke Final GV5? Ini Jawapan Ramli MS & Khadijah Ibrahim

Menerusi Astro Gempak, Zamani menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Menurutnya dia bukanlah terlupa lirik tetapi menghadapi masalah mendengar ‘earpiece’.

Bukan lupa lirik

Melihat kepada persembahan Zamani menerusi lagu ini, beliau seperti lupa lirik dan teragak-agak untuk ‘masuk’. Menjelaskan perkara tersebut, Zamani memberitahu dia bukanlah terlupa lirik tetapi menghadapi masalah mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’.

Tak dengar ‘earpiece’

Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post mortem untuk konsert ini.

Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.

Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya.

Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya sendiri.

Meskipun menghadapi masalah pada persembahan pertama, Zamani bangkit menerusi lagu kedua iaitu Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi. Berjaya ke peringkat akhir, Zamani akui bersyukur dan anggap ia rezeki.

Selepas persembahan pertama, saya dah ‘give up’ kerana malu… Tapi saya fikir saya ada peluang kedua, jadi saya pun cuba sehabis baik.

Saya bersyukur kerana minggu ini kami diberikan tugasan untuk menyanyi dua buah lagu. Jadi, jumlah markah itu datang dari dua persembahan.

Beliau turut mengakui hampir berputus asa kerana malu, apabila memikirkan ada peluang kedua dia cuba melakukan yang terbaik.

Sumber : Astro Gempak , Youtubeiamanifff

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×