Pelakon Zara Zya meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan memori manis di bulan Ramadan ketika keluarganya masih bersama.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Ayah Tapi Macam Tak Ada, Dia Hina & Mengata Saya Di Media Sosial’ – Zara Zya

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Follow Sesiapa Di Media Sosial, Bukan Sombong Cuma Untuk Selamatkan Hati’ – Zara Zya

Keluarga berpecah

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 41, mengimbas kembali momen waktu bersahur bersama keluarga semasa zaman kanak-kanaknya.

Rindu masa kecil dulu. Kalau bulan puasa, mama atau adik-beradik kejut sahur.

Mama masak macam-macam, dari mengantuk..berselera jadinya.

Meriah betul waktu sahur, satu keluarga berkumpul.

Bagaimanapun, suara keriangan yang didengari dahulu menjadi sunyi apabila ahli keluarga Zara memilih haluan masing-masing setelah mereka dewasa.

Tapi sekarang, sunyi. Tak sangka, bila saya besar keluarga saya berpecah.

Yang dulu setiap hari bertemu muka, sekarang bertahun tak bersua.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Sumpah Ibuku itu turut sebak ketika menggunakan pinggan yang pernah menjadi saksi penyatuan keluarganya dahulu.

Hari ini, mama saya suruh pakai pinggan lama dia.

Bila tengok pinggan tu, saya sedih sebab terkenangkan siapa yang pernah makan atas pinggan tu dulu.

Kami enam beranak, sekarang cuma saya dengan mama saya sahaja.

Sumber: Threads