
Pelakon, Zarif Ghazzi mendedahkan dirinya kerap mengalami masalah kesihatan setiap kali sebelum memulakan penggambaran.
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Bakal Sambung Belajar Dalam Bidang Pentadbiran Perniagaan -‘Tak Mahu Setakat Ada SPM’
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Tak Mahu Setakat Ada Sijil SPM, Rancang Sambung Pengajian Di Peringkat Diploma & Ijazah
Tiada kaitan dengan mistik

Begitu pun, Zarif atau nama lengkapnya Zarif Farahi Effie Ghazzi, 21, menafikan masalah kesihatan yang dialaminya mempunyai kaitan dengan unsur mistik.
Hari pertama penggambaran drama Abang Imam Minah Skuter, hidung saya berdarah. Mungkin sebab cuaca yang sangat panas. Sebelum penggambaran Abang Imam Minah Skuter, saya demam.
Minggu ini saya ada penggambaran untuk drama baharu, tiba-tiba mata saya pula ada infeksi (jangkitan kuman).
Tetapi banyak kali juga saya mengalami masalah kesihatan ketika sedang jalani penggambaran sebelum ini, namun saya tidak rasa sebab itu (sakit ain).
Tidak terlintas di fikiran untuk berjumpa dengan pengamal perubatan Islam sebagai ikhtiar, anak kelahiran Johor itu berkata, dia menganggap masalah kesihatan yang dialami hanya sakit biasa.
Untuk sakit mata ini, saya sudah pun berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan. Saya tak terfikir untuk berjumpa dengan ustaz atau berubat tradisional, saya anggap ini masalah kesihatan biasa, ujian untuk saya.
Saya tak rasa juga antibodi saya terlalu lemah. Macam mana pun masalah kesihatan, saya akan tetap teruskan penggambaran dan berikan yang terbaik.
Disoal berkemungkinan wujud pihak yang mempunyai hasad dengki terhadap dirinya, Zarif menyangkal perkara tersebut.
Zarif berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama terbitan VIU Malaysia dengan kerjasama , Abang Imam Minah Skuter yang berlangsung di Lumi Tropicana, Petaling Jaya, pada Rabu.
Watak utama

Berkongsi pengalaman menjayakan naskhah arahan Fadzil Teh atau Hj Zeel, Zarif bersyukur diberi kepercayaan sebagai tunjang utama drama tersebut sekali gus menjadi projek sulungnya memegang watak utama.
Mungkin ada yang akan kata saya masih baharu dalam industri tetapi sudah dapat jadi tunjang utama.
Jika ada yang mempertikaikan, saya tidak boleh halang mereka untuk bercakap apa sahaja.
Apa pun saya anggap itu adalah rezeki untuk saya. Saya ambil segala pertikaian mahupun kritikan orang sebagai satu pembakar semangat untuk terus lakukan yang terbaik.
Saya bersyukur diberi peluang memegang watak utama dalam drama Abang Imam Minah Skuter. Mungkin bakat saya kini semakin dilihat.
Selain Zarif, Abang Imam Minah Skuter turut dibintangi Bella Dowanna, Zulin Aziz, Bella Hanna, Sharifah Rose, Marc Sadique, Amir Haikal, Khai Bahar, Usop Wilcha, Kazar Saisi, Acong Sweetchild dan Man Raja Lawak.







