berita

Zarina Anjoulie Buat Hal Buka Tudung, Lufya Yang Kena Tempias Sebab Muka Seiras

September 19th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini pelakon Zarina Anjoulie memuat naik kenyataan di Instagram memohon maaf kepada netizen yang kecewa dengan keputusannya membuka tudung. Menurut pelakon itu, dia terpaksa memakai tudung kerana bekas suaminya terdahulu.

Terbaru, untuk pertama kalinya peminat keliru antara Lufya dan Zarina apabila ramai yang menganggap Lufya tidak bertudung selepas kontroversi cerainya. Tidak tahan dikecam, Lufya beri penjelasan sebenar.

Saya akan pakai tudung sampai bila-bila

Saya terpaksa jelaskan sebab ramai yang menghantar mesej peribadi (DM) dan bertanya. Saya pakai tudung sebelum kenal dengan suami lagi. Insya-Allah, akan kekal sampai akhir nafas saya. Hijab ini bukan menandakan kita baik, alim atau bagus daripada orang lain. Kita semua pendosa dan bukan maksum.

Jangan hanya kerana kekecewaan kita terhadap manusia, kita sampai menderhaka kepada perintah Allah. Tanda kiamat sudah semakin banyak. Buang yang keruh ambil yang jernih. Moga segala ujian yang Allah berikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Doakan saya kuat.

Dia juga turut berharap peminat dapat mendoakan dirinya supaya terus kuat berdepan dengan segala ujian. Menurutnya, peminat sering mempertikaikan tindakannya membuka tudung di ruangan mesej peribadi di Instagram.

Dalam masa sama, menerusi Instagram Story Zarina mengesahkan sudah membuka tudung dan tidak kisah dengan kecaman orang ramai.

Bekas suami paksa pakai tudung

Salam semua, saya nak cakap terima kasih kepada semua yang menyokong dan menasihati serta maki. Saya tahu meskipun ada yang maki tapi jauh di lubuk hati kalian betul ikhlas menegur cuma cara teguran itu berbeza. Saya tahu niat anda baik.

Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan. Dalam pada itu, Zarina turut memuat naik kenyataan di Instagram memohon maaf kepada umum yang hampa dengan keputusannya itu.

Sumber : Harian Metro