Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie berharap kes saman membabitkan dirinya dengan aktres, Fara Mendoza segera selesai.

Artikel Berkaitan: Fara Mendoza Berang Netizen Dakwa Diri Terlibat Dengan Isu ‘Cuci Duit’ – ‘Apahal Nama Aku Dipetik?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mak Tiri Jauh Lebih Baik Dari Mak Aku Sendiri..Dia Suka Cerita Aib, Doa Aku Jadi Miskin’ – Zarina Anjoulie

Segera Selesai

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina atau mesra disapa Anju, 38, berkata, sekiranya kes berkenaan selesai, dia berhasrat untuk meneruskan beberapa kes lain mengaitkan dirinya.

Doakan yang baik-baik ya. Harap cepat selesai jadi boleh move on ke kes seterusnya fasal kes kereta hari itu.

Pada Khamis, Mahkamah Sesyen Seremban mengeluarkan perintah larangan bersuara (gag order) berhubung kes saman fitnah Fara Mendoza terhadap Zarina Anjoulie.

Memetik laporan Harian Metro, perintah dikeluarkan Hakim Norina Zainol Abidin selepas perbicaraan kes itu bermula dengan dua saksi dipanggil memberi keterangan.

Bagaimanapun, prosiding perbicaraan yang bermula sekitar jam 10 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang Khamis berlangsung secara tertutup.

Sebelum itu, Zarina ketika ditemui di luar mahkamah berharap kes yang sudah berlarutan sejak empat tahun lalu dapat diselesaikan segera.

Sumber: Instagram, Harian Metro