berita

Zarina Anjoulie Mengaku Tidak Bersalah – ‘Saya Lebih Selesa Untuk Bersikap Telus & Kongsi Pada Semua’

September 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, nama Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju hangat diperkatakan gara-gara dikaitkan dengan isu seorang selebriti wanita yang ditahan polis kerana positif dadah pada akhir bulan Jun lalu.

Artikel berkaitan : ‘Dimanakah Intergriti Kamu?’ – Dakwa Gambar Disebarkan Polis, Zarina Anjoulie Nekad Nak Saman

Artikel berkaitan : Selebriti Wanita Positif Dadah Ditahan Polis

Terbaharu, pelakon serta selebriti media sosial itu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan di Mahkamah Majistret Seremban pada hari ini.

Mengaku tak bersalah

Walau bagaimanapun, Zarina mengaku tidak bersalah dan dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin. Tarikh sebutan semula kes berkenaan telah diputuskan pada 7 Oktober 2021 untuk penyerahan dokumen daripada pihak pendakwa.

Saya ada pasukan peguam yang bagus. InsyaAllah, doakan semoga kes ini dapat diselesaikan.

Difahamkan, kes berkenaan disiasat atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tak ada niat nak tipu netizen

Menurut Zarina, peminatnya sudah sedia maklum mengenai kehadirannya ke mahkamah hari ini dalam satu sesi Live di Instagram tiga hari lepas dan mengatakan bahawa dia tiada niat untuk menipu netizen serta lebih selesa untuk berkongsi mengenai perkara tersebut.

Apa pun saya nak berterima kasih pada ‘followers’ kerana sentiasa memberikan sokongan. Saya tidak menjangka mereka tetap ada bersama saya selain masih memberikan kata-kata semangat. Terharu saya dibuatnya.

Bagi saya mudah, apa saja yang berlaku saya akan beritahu terus. Saya bukan nak bangga. Kalau tanya tak berasa malu kah, mestilah malu. Tapi saya nak jujur.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×