berita

Zayn Malik, Gigi Hadid Dapat Anak Perempuan

September 24th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik yang terkenal dengan lagu Dusk Till Down mengumumkan bahawa pasangannya, Gigi Hadid telah selamat melahirkan puteri sulung mereka.

Pasangan merpati dua sejoli ini mula berkenalan secara lebih rapat bermula tahun 2015 selepas satu majlis yang dianjurkan oleh Victoria Secret.

Anak sulung

Foto: Zayn Malik

Our baby girl is here, healthy & beautiful to try put into words how i am feeling right now would be an impossible task. The love i feel for this tiny human is beyond my understanding.Grateful to know her, proud to call her mine, & thankful for the life we will have together x.

Menerusi tweet Zayn ,dia menyatakan telah mendapat anak sulung bersama pasangannya, Gigi Hadid. Tweet tersebut telah meraih 310.9k retweet, 913.4 likes dan perhatian daripada peminatnya.

Zayn turut berkongsi kegembiraannya dan menyatakan bahawa anak perempuannya sihat dan bersyukur dengan kurniaan yang diterima.

Tahniah!

Rata-rata rakan artis dan peminatnya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah dan gembira dengan berita baik ini.

Sumber: Zayn Malik

SKIP THIS AD ×