
Kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dilaporkan meninggal dunia akibat dijerut di leher dan bukan lemas dalam air seperti yang didakwa sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Ibu Zayn Rayyan Harap Pemfitnah Terima Balasan, Doa Pelaku Sebenar Mengaku Bersalah – ‘Semoga Doa-Doaku Menembusi Langit’
Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Mohon Kes Abai Anak Ditarik Balik, Dakwa Diugut Supaya Mengaku Bersalah
Dapatan Pakar Forensik
Memetik laporan Harian Metro, hasil bedah siasat ke atas arwah Zayn Rayyan yang dijalankan oleh Pakar Perubatan Perunding Forensik, Dr Rohayu Shahar Adnan mengesahkan bahawa punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat jerutan kuat pada leher, dikenali sebagai ligature strangulation.
Kesan jerutan ini boleh terhasil daripada sebarang objek dibentuk contohnya tali, lanyard atau kain dipintal, malah kedudukan jerutan adalah sama iaitu enam sm di bawah telinga kanan dan kiri maka kesan ini adalah horizontal (melintang).
Berbeza dengan gantung, kesannya adalah oblique (serong) dan berbeza di telinga kanan kiri si mati, tiada lebam otot leher kerana gantung adalah proses pasif, maknanya sebarang objek dibentuk keliling leher ianya diketatkan oleh berat badan si mati dan tarikan graviti.
Selain itu, hasil pemeriksaan menunjukkan tiada luka pertahanan seperti kesan menumbuk atau menendang pada tubuh arwah. Namun, terdapat kecederaan trauma tumpul dan tajam.
Kedua-dua belah mata turut lebam. Kesan trauma tajam adalah luka potongan pada telinga kiri, luka tikaman dan luka hirisan di belakang telinga kiri sehingga belakang kepala sebelah kiri, luka hirisan pada belakang kepala sebelah kanan, luka hirisan pada lengan kanan atas dan luka hirisan pada lengan bawah kanan.
Terdapat benda asing di temui pada rongga tenggorok pernafasan sebelah kanan dan dalam perut arwah.
Di bahagian dubur mangsa juga terdapat luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul tetapi ianya tidak mematikan
Dr. Rohayu menjelaskan kecederaan tersebut berlaku sejurus sebelum kematian (perimortem) kerana terdapat tindak balas sistem pertahanan badan yang dikesan melalui pemeriksaan mikroskopik.
Kedutan pada kulit tapak tangan dan kaki kesan rendaman air iaitu kulit yang berkedut-kedut atau dinamakan ‘washer woman appearance‘ bukannya punca kematian kerana arwah tidak mati lemas di dalam air, malah tiada penyakit serius pada organ dalaman yang ditemui.
Jerutan di leher yang melebamkan otot leher dan kelenjar tiroid menunjukkan ianya cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen untuk ke paru-paru dan otak yang melemaskan arwah mengakibatkan kematian.
Dengan ini, saya simpulkan sebab kematian sebagai ‘ligature strangulation‘ (jerut).
Sumber: Harian Metro, Berita Harian