berita

ZCITY Tawar Pek Bonus Sempena Ulang Tahun – Jom Gores & Menang Sehingga RM90 Diskaun Pin Tambah Nilai

June 12th, 2023 | by Sya Alkaf
Filem Tempatan

Buat korang yang belum tahu ZCITY adalah aplikasi yang memudahkan urusan e-pembayaran untuk bil, tambah nilai, pembelian baucar dan banyak lagi.

Melalui aplikasi ini korang berpeluang untuk menikmati penjimatan melalui diskaun dan rebat tunai serta ganjaran lain untuk kesemua servis yang tersedia di platform mereka. Haa.. Best kan? Lepas bayar bil boleh dapat rebat dengan ganjaran lagi, seronok geng!

ZCITY sedia Pek Bonus untuk pengguna, boleh jimat sehingga RM332!

 

Bersempena dengan ulang tahun ZCITY, mereka berbesar hati untuk menawarkan pek bonus yang dijual pada harga RM25 sahaja. Tapi pek ini terhad kepada 2 pembelian buat setiap pengguna sahaja tau.

Apa yang best tentang pek bonus ini adalah setiap pembeli bakal menerima satu tiket istimewa untuk peluang gores dan menang diskaun sehingga 90%! Yeass 90% potongan harga untuk kesemua pembelian di ZCITY!

Okay min bagi contoh, kalau korang beli pin tambah nilai Touch n’ Go bernilai RM100 jadi dengan diskaun yang dimenangi tadi korang hanya perlu bayar RM10 je lagi! Jimat gila!

Bukan itu je korang juga bakal menerima satu tiket untuk cabutan bertuah bagi memenangi pin tambah nilai Touch n’ Go bernilai RM300! 

Pembeli pek bonus turut layak untuk menerima baucar tunai sebanyak RM30 dengan setiap pembelian.

Kalau korang dah biasa gunakan ZCITY korang mesti tahu yang susah gila nak beli pin tambah nilai Touch n’ Go sebab asyik sold out je tapi sekarang korang tak perlu risau lagi sebab kesemua pembeli pek bonus bakal mempunyai 5 kali peluang akses tempahan untuk pembelian pin tambah nilai Touch n’ Go. Fuhh tak payah berebut dah!

Macam mana nak beli Pek Bonus ZCITY?

Mudah je, korang hanya perlu muat turun aplikasi ZCITY yang tersedia untuk dimuat turun secara percuma di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery kemudian ikuti langkah di bawah:

  1. Lengkapkan pendaftaran diri
  2. Klik padan ikon ‘Anniversary pack’
  3. Teruskan dengan pembayaran

Tadaa. Dah siap! Sekarang korang dah boleh nikmati kelebihan sebagai pembeli Pek Bonus ZCITY.

 

Antara kelebihan yang tersedia di ZCITY

Kelebihan paling min suka di ZCITY adalah diskaun sebanyak 5% yang ditawarkan untuk pembayaran bil seperti bil air, api, postpaid serta cukai.

Selain itu, korang juga boleh beli pelbagai jenis e-baucar untuk makanan dan minuman seperti Zus Coffee, Secret Recipe, Baskin Robbins, Dunkin Donuts dan banyak lagi!

Ada juga e-baucar untuk KK Mart, Shell, Family Mart, Grab, Lazada, Shopee, Touch n’ Go, Watsons, foodpanda dan macam-macam lagi. Bila min tengok-tengok kadar potongan untuk e-baucar ni memang untung geng sebab harga akan jadi jauh lebih murah berbanding asal tau, berbaloi gila!

Turut tersedia adalah pelbagai jenis produk lain daripada pelbagai jenama untuk pembelian secara terus melalui ZCITY. Lagi banyak transaksi yang korang lakukan maka lagi banyak mata ganjaran yang boleh korang kumpul untuk tebus pelbagai hadiah istimewa!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai promo terkini dan ganjaran istimewa yang menanti korang, jangan lupa untuk ikuti laman Facebook rasmi ZCITY di SINI.

SKIP THIS AD ×