berita

Zed Zaidi Dihargai Rela, Bakal Terima Pangkat

January 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Selepas dilantik sebagai Presiden Seniman, Zed Zaidi, 33, telah banyak memberikan sumbangan melibatkan artis melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan olehnya secara sukarela.

Disebabkan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri telah mengambil keputusan untuk menganugerahkan pangkat kepada Zed Zaidi didalam Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Zed sendiri telah mengesahkan tentang penganugerahan tersebut namun tidak diberitahu pangkat apakah yang akan diberikan.

“Saya sudah dimaklumkan mengenai pelantikan itu tetapi saya tidak pasti pangkat apakah yang akan diberikan kepada saya.” – dipetik dari mStar Online.

Zed juga menyatakan rasa bersyukurnya kerana akhirnya ada pihak yang menghargai sumbangannya.

“Saya bersyukur kerana pihak kerajaan menghargai kerja-kerja sukarela yang saya lakukan selama ini menerusi medium seni.”

Majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan itu akan dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Pejabat Rela Wilayah Persekutuan, Ahad ini.

SKIP THIS AD ×