berita

Zed Zaidi Tak Marah Dengan Berita Palsu Dia ‘Kemalangan’

July 26th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Jika para pembaca semua sudah tahu, Zed Zaidi adalah mangsa berita palsu yang telah tersebar di laman Twitter-nya mengenai berita dia mengalami kemalangan. Namun begitu, dalam temubual bersama mStar Online, Zed Zaidi memberitahu bahawa dia tidak marah dan kesal dengan isu yang berlaku.

“Saya terima khabar angin itu dengan hati terbuka. Tiada apa yang perlu saya marah atau kesalkan kerana sebagai selebriti, cerita seperti ini adalah perkara biasa. Selagi cerita yang timbul itu tidak memberikan kesan buruk, tidak apalah. Malah, penjelasan saya ini juga sudah memadai untuk meleraikan kekeliruan yang timbul,” ujar Zed Zaidi.

Bagi Presiden Persatuan Seniman ini, dia tidak hairan dengan perkara yang berlaku kerana ia sudah menjadi asam garam hidup seorang selebriti.

“Tiada apa yang pelik dengan dakwaan dan khabar angin sebegini. Biasalah, sebagai selebriti saya tidak boleh lari daripada perkara sebegini. Apa yang penting, semua pihak perlu dapatkan pengesahan terhadap apa jua cerita yang timbul daripada tuan punya badan atau keluarganya.”

Zed Zaidi turut menjelaskan bahawa gambar dia mengalami kemalangan itu adalah babak untuk telefilem terbaru lakonannya berjudul Hijrah Jahiliyyah.

Gambar : Gua